SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membenarkan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000 selepas tertuduh membuat permohonan semakan jaminan.
Hakim Datuk Yazid Mustafa yang membuat keputusan itu turut memerintahkan supaya jaminan tersebut dibuat oleh tiga penjamin.
Pendakwaan kes dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Fairuz Johari dan Fatin Hadni Khairuddin manakala Jamal diwakili peguam yang diketuai oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO Malaysia itu didakwa mengikut Seksyen 51 Akta Imigresen 1953/1963 kerana keluar negara tanpa mengikuti laluan yang sah. – UTUSAN ONLINE