Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Polis Akan Lengkapkan Siasatan...

SELAYANG - Polis akan berusaha melengkapkan siasatan ke atas bekas pegawai khas Najib...

Khairy Ajak Remaja Nilai...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengajak generasi belia menilai...

Najib Ucap Selamat Menyambut...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan selamat menyambut...

6 Bulan Simpan Rahsia,...

SELEPAS lama simpan rahsia tentang misinya untuk ukir nama di persada filem antarabangsa,...

Jangan Berulang Hidang Daging Babi – KM Melaka

PIHAK swasta mahupun badan bukan kerajaan (NGO) perlu tingkatkan kesedaran dalam mengatur apa jua program yang dianjurkan, khususnya jika membabitkan masyarakat Islam dan bukan Islam.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, berkata penganjur majlis harus lebih bertanggungjawab dan memainkan peranan dengan tidak menghidangkan bersama makanan halal dan tidak halal dalam apa jua program.

Katanya, beliau difahamkan, pada program berkenaan ada makanan halal, namun berkemungkinan terdapat kekurangan dari segi cara pihak penganjur menguruskan program sehingga berlaku perkara berkenaan.

“Tiada tindakan akan dikenakan terhadap penganjur kerana mereka sudah meminta maaf dan sedar akan kesilapan yang dilakukan.Ā Saya difahamkan mereka sudah keluarkan permohonan maaf dalam kenyataan.

“Walaupun kes ini terpencil, saya berharap ia tidak berulang lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1439/2018 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kampus Kuala Lumpur.

Beliau mengulas mengenai sikap tidak sensitif penganjur Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Agro Malaysia di Sekolah Pay Fong, Melaka, semalam menyebabkan beberapa wartawan beragama Islam dan Hindu hampir termakan daging babi.

Selain itu, lebih mengecewakan tiada seorang pun wakil pihak penganjur memaklumkan jenis hidangan di atas meja itu, sebelum wartawan beragama Islam yang hadir membuat liputan duduk semeja bersama wartawan bukan Islam.


Yang turut hadir pada Majlis Sambutan Raya UTMKL ialah, Pro Canselor UTM, Tan Sri Dr. Salleh Mohd Nor; Pengerusi Lembaga Pengarah UTM, Tan Sri Abdul Halim Ali dan Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar.

Sementara itu, Wahid berkata, bertemakan ‘Buang yang keruh, ambil yang jernih’ adalah sangat signifikan dalam sambutan pada kali ini agar seluruh warga UTMKL dan Johor Bahru dapat mengambil peluang bagi mengeratkan hubungan silaturahim dan rasa kekeluargaan.

“Saya juga berharap semua warga UTM terus berdoa dalam apa juga dilakukan sepanjang Ramadan lalu satu tarbiah kepada diri untuk cemerlang di dunia dan akhirat,” katanya. – BH ONLINE

*Video sekadar hiasan…

Kategori