Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Berita Gembira Untuk Penjawat...

PUTRAJAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan berita gembira...

Syria Sah Serangan Israel...

DAMSYIK - Tentera Syria pada Khamis mengesahkan serangan berhampiran lapangan terbang antarabangsa di...

Tradisi Perkahwinan Yang Pelik...

Hari perkahwinan adalah hari paling bahagia yang dinanti-nanti oleh bakal pasangan mempelai untuk...

Video: Ini Punca Majlis...

GOMBAK - Majlis perkahwinan yang sepatutnya menjadi hari bahagia buat pasangan pengantin, bertukar...

Jangan Sabotaj SST, Guan Eng Beritahu Pembangkang

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengingatkan blok pembangkang di Dewan Negara supaya tidak mensabotaj Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dilaksanakan bermula 1 September depan.

Beliau berkata negara akan menghadapi masalah kewangan sekiranya SST gagal dilaksana seperti yang dijadualkan.

“Sekiranya SST tak boleh dilaksanakan, maka kita akan hadapi satu masalah kewangan kerana mungkin dari segi fiskal kita tak dapat lebihan. Ini (pelaksanaan SST) penting untuk memberi keyakinan kepada rakyat dan pelabur bahawa ekonomi negara lancar,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan kemungkinan Rang Undang-Undang Cukai Jualan 2018 dan Rang Undang-Undang Cukai Perkhidmatan 2018 tidak diluluskan di peringkat Dewan Negara kerana dewan itu majoritinya dikuasai oleh senator dari Barisan Nasional ketika ini.

Kementerian Kewangan hari ini membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 di Dewan Rakyat bagi bacaan kali pertama bertujuan memansuhkan akta cukai berkenaan serta membentangkan RUU Cukai Jualan 2018 dan RUU Cukai Perkhidmatan 2018 bagi membolehkan pelaksanaan semula SST.


Lim berkata dari segi baki semasa, negara mahu mencapai lebihan yang boleh dicapai melalui pelaksanaan SST.

Beliau berkata tindakan cubaan sabotaj pelaksanaan dasar kerajaan adalah satu perkara yang merugikan rakyat dan tidak menghormati mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan baharu.

“Mereka (pembangkang) bersedia untuk melihat ekonomi negara merudum, hancur semata-mata untuk mencapai kepentingan politik. Ini saya rasa merugikan rakyat,” katanya. – BERNAMA

Kategori