Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Zainal Abidin Diminta Kemuka...

GEORGE TOWN - Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman...

Singapura Ucap Tahniah Kepada...

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada Tun Dr...

Sanusi Mohon Maaf Kepada...

SHAH ALAM - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membuat...

Ada Bukti Baharu Kes...

ADA bukti dan petunjuk baharu bagi membuka semula siasatan kes model Mongolia, Altantuya...

Jho Low ‘Masuk’ Ke China Pula…

AHLI perniagaan yang menjadi buruan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low dipercayai sudah melarikan diri ke China.

Laporan mengenai Jho Low dipercayai pergi ke China itu dibuat portal berita South China Ming Post (SCMP)Ā dan mendakwa jutawan terbabit yang kini menjadi pelarian sudah meninggalkan Macau sejak beberapa hari lalu.

Dalam laporan itu, laman berpangkalan di Hong Kong itu turut memetik sumber yang memaklumkan Jho Low meninggalkan Macau dengan menaiki sebuah kereta atau jet peribadi yang disewa khas.

ā€œJho Low sudah meninggalkan Macau dan dipercayai kini berada di China. Namun, lokasi tepat Jho Low di China itu tidak ketahui,ā€ lapor SCMP, hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, hari ini turut mengesahkan ahli perniagaan itu sudah meninggalkan Macau.

Katanya, makluman mengenai status Jho Low diperoleh daripada pihak berkuasa Macau yang mengirim satu emel, dua hari lalu memaklumkan lelaki itu tidak lagi berada di negara berkenaan.

ā€œDua hari lalu kita ada menerima emel daripada pihak berkuasa Macau memaklumkan mengenai kedudukan Jho Low.

ā€œDalam emel itu disebut Jho Low sudah meninggalkan Macau dan destinasinya selepas itu tidak diketahui,ā€ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke-211 di Bukit Aman, hari ini.


Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Pengarah Pusat Darah Negara, Dr Noryati Abu Yamin.

Katanya, PDRM sedang mengenal pasti lokasi terkini ahli perniagaan itu berada dan percaya Jho Low menggunakan pasport lain untuk bergerak dari satu negara ke satu negara lain selepas pasport antarabangsa yang dikeluarkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) miliknya dibatalkan.

ā€œKita percaya, dia bergerak dari satu negara ke negara lain menggunakan pasport lain. Ini kerana, pasport antarabangsa miliknya sudah dibatalkan oleh Jabatan Imigresen,ā€ katanya.

Pada Jun lalu, Jho Low dikesan berada di Hong Kong dan PDRM sudah menghantar pegawai ke negara berkenaan bagi menahannya.

Namun, usaha itu gagal berikutan Jho Low sudah meninggalkan negara itu sebelum ke Macau dengan menaiki feri. – myMetro Online

Kategori