Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

30 Mei: Sebutan Semula...

SEPANG - Mahkamah Majistret di sini hari menetapkan 30 Mei ini untuk sebutan...

Rakyat Malaysia Ke Bali...

JAKARTA - Rakyat Malaysia yang datang ke Bali sama ada untuk bercuti atau...

Sidang Kemuncak KL Tidak...

KUALA LUMPUR - Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 bukan bertujuan mendiskriminasi atau mengasingkan...

Pelajar Bakal STPM Ditahan...

IPOH – Seorang pelajar tingkatan enam ditahan kerana mengeluarkan kenyataan yang menghina Sultan...

Jho Low Tiada Di China, Tapi St. Kitts & Nevis

GHAIB… Polis China kesal dengan laporan media tertentu kononnya ahli perniagaan Malaysia yang diburu pihak berkuasa, Low Taek Jho atau juga disebut Jho Low, didakwa berada di negara itu.

Menurut laporan eksklusif akhbar berpengaruh South China Morning Post berpangkalan di Hong Kong, sumber polis kebangsaan di Beijing mengesahkan lelaki itu sebenarnya memang tiada pun di China untuk ‘lari’ bersembunyi.

Sebaliknya berdasarkan pemantauan ketat rekod transaksi semua hotel yang didiami warga asing di China dan maklumat perisikan tempatan, Jho Low, 37, tidak berada di negara itu selepas keluar dari Hong Kong atau Macau.

Polis sebaliknya percaya bahawa Jho Low yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kemungkinan besar menetap di St. Kitts and Nevis, sebuah negara meliputi dua pulau kecil di rantau Caribbean.

“Dia memang jelas tidak berada di mana-mana tempat pun di Tanah Besar dan tohmahan konon dia cuba menyorok di China adalah amat tidak bertanggungjawab,” tegas sumber polis kepada akhbar berbahasa Inggeris ternama itu.

Pihak Beijing ujarnya, ada menerima banyak maklumat daripada Bukit Aman termasuk nombor telefon selular yang didakwa digunakan Jho Low tetapi hasil siasatan polis, ia dimiliki sah oleh seorang buruh di bahagian utara China.

Justeru, polis China berpendapat Jho Low sebenarnya sudah keluar dari negara itu secara senyap dan menuju ke St. Kitts and Nevis kerana dia memang memiliki pasport negara bekas jajahan British tersebut dengan nama yang sama.

Tambahan pula pasport Malaysia yang dimiliki Jho Low sudah dibatalkan oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia atas permintaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, sekali gus menyukarkan usaha pengesanan lelaki itu.


Ini kerana pasport Malaysia adalah keempat paling berpengaruh di dunia, jauh berbeza daripada St. Kitts and Nevis yang menduduki tangga ke-19 dengan hanya 134 negara mengiktiraf dokumen perjalanan rasmi negara tersebut.

St. Kitts and Nevis namun turut dikenali sebagai antara sembilan buah negara yang benar warga asing beli pasport dengan bayaran AS$250,000 (RM1 juta), sekali gus dapat taraf kewarganegaraan tanpa perlu tinggal di negara itu.

Ia juga perkenal konsep kerakyatan menerusi pelaburan sejak 1984 dengan boleh mohon jadi warganegara setelah menyumbang jumlah tertentu di bawah salah satu daripada tiga cabang pelaburan yang ditawarkan negara tersebut.

Dengan nama rasmi Persekutuan St. Christopher and Nevis, pulau peranginan indah itu amat mesra pelabur asing, malahan ada penerbangan terus dari Amerika Syarikat, Kanada dan Britain setiap hari. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori