Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

103 Mangsa Banjir Dipindahkan...

KANGAR : Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri ini yang menempatkan...

Pemuda UMNO P.Pinang Mahu...

GEORGE TOWN - Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis dan...

Dunia Kehabisan Makanan Tahun...

WASHINGTON – Saintis-saintis memberi amaran bahawa dunia diramal kehabisan makanan dalam tempoh 27...

Lokasi Kemalangan Jalan Raya...

GUA MUSANG - Polis Kelantan akan membuat pemantauan di enam lokasi berbahaya di...

Jho Low Tinggalkan Macau – KPN

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa ahli perniagaan yang dikehendaki polis, Jho Taek Low atau lebih dikenali sebagai Jho Low, sudah meninggalkan Macau.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata PDRM menerima emel daripada pihak berkuasa negara berkenaan dua hari lalu memaklumkan mengenai status serta lokasi terkini Jho Low.

Katanya, menerusi emel berkenaan, PDRM turut dimaklumkan bahawa destinasi Jho Low selepas meninggalkan negara itu tidak diketahui.

“Dua hari lalu kita ada menerima emel daripada pihak berkuasa Macau memaklumkan mengenai kedudukan Jho Low.

“Dalam emel itu disebut bahawa Jho Low sudah meninggalkan Macau dan destinasinya selepas itu tidak diketahui,” katanya pada sidang media Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari polis Ke-211 di Dewan Theatrette Menara 1, Bukit Aman, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, dan Pengarah Pusat Darah Negara, Dr Noryati Abu Amin.


Mohamad Fuzi berkata, PDRM kini masih belum mengetahui lokasi terkini ahli perniagaan yang menjadi pelarian itu.

Pada Jun lalu, Jho Low dikesan berada di Hong Kong dan PDRM sudah menghantar pegawai ke sana bagi menahannya.

Namun, usaha itu gagal berikutan Jho Low sudah meninggalkan negara itu ke Macau dengan menaiki feri. – BH ONLINE

Kategori