Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Covid-19 Akan Berakhir Awal...

COPENHAGEN - Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah Hans Kluge percaya...

Pasaraya Terkenal Promosi ‘Pringles...

SEMPENA menyambut bulan Ramadan, pasaraya di seluruh dunia termasuk Malaysia giat menjalankan pelbagai...

Shafie: Warisan Prihatin Isu...

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya tidak berniat untuk menggulingkan Hajiji Noor...

8 Tahun Sudah Jana...

Ini kisah yang menarik untuk dikongsi di mana kanak-kanak ini berjaya memanipulasi media...

Johor Sasar 100% Peningkatan Pelancong Kesihatan

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri menyasarkan peningkatan 100 peratus jumlah kedatangan pelancong bagi sektor perkhidmatan perubatan di negeri ini pada masa akan datang berbanding tahun lepas.

Menteri Besar Datuk Osman Sapian berkata pada tahun lepas 60,000 daripada 20 juta pelancong yang melawat Johor adalah mereka yang mendapatkan perkhidmatan perubatan dan rawatan di hospital-hospital swasta di negeri ini.

“Saya dapati bukan sahaja pelancong dari negeri-negeri di Malaysia bahkan pelancong luar negara seperti Indonesia, Thailand dan Filipina serta negara yang berdekatan datang mendapatkan khidmat perubatan.

“Ini kerana mungkin mereka beranggapan kualiti perubatan kita jauh lebih baik dan segala bayaran yang dikenakan lebih rendah jika dibandingkan dan tidak membebankan mereka.

“Dengan pengiktirafan itu kita bukan sahaja berasa puas, tapi perlu mempertingkatkan daya saing dengan memberi latihan secukupnya supaya tawaran perkhidmatan itu lebih cekap,” katanya pada majlis pelancaran Menara Wad Baharu Hospital Pakar KPJ Johor di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad Datuk Amiruddin Abdul Satar.

Sehubungan itu, Osman berkata Kerajaan Negeri merancang untuk menarik lebih ramai pelancong yang ingin mendapatkan khidmat perubatan dengan menggiatkan lagi promosi ke luar negara yang berpotensi.


Sementara itu, Amiruddin berkata dengan pembukaan wad baharu di menara tujuh tingkat itu, pihaknya yakin peningkatan jumlah pesakit sebanyak 26,000 orang pada tahun ini berbanding 21,000 orang tahun lepas.

“Selain pembukaan wad baharu, menara ini juga akan menempatkan perkhidmatan kecemasan dan kemalangan, wad harian serta memperluaskan Unit Rawatan Rapi (ICU) yang lebih selesa.

“Kerja-kerja ubahsuai dijangka dimulakan awal tahun depan dan akan siap pada suku keempat 2019,” katanya. – BERNAMA

Kategori