Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Lepas Taylor, Loki Kini...

JIKA bekas teman wanitanya, Taylor Swift dilihat sudah beralih arah cuba memikat Zac...

Siasatan 1MDB Buat Ekuiti,...

MINGGU sukar buat indeks saham utama Malaysia kian buruk apabila pelabur kini semakin...

Jangan Terpengaruh “Wayang” Dr....

GEORGE TOWN – UMNO Pulau Pinang mengingatkan rakyat dan juga pakatan pembangkang supaya...

Keputusan Najib Rombak Kabinet...

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor meminta kesemua...

JPN: Tiada Permohonan Daripada Sajat

JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tidak menerima permohonan daripada usahawan kosmetik dan selebriti Nur Sajat Kamaruzzaman untuk mengubah status jantina pada MyKad miliknya.

Semakan JPN mendapati Nur Sajat tiada membuat permohonan di Ibu Pejabat JPN di Putrajaya pada Jumaat lalu seperti didakwa.

Difahamkan, sebelum ini Nur Sajat pernah memohon untuk mengubah status jantina pada MyKadnya, namun ditolak JPN.

Ketua Pengarah JPN Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, pihaknya tidak menghalang individu yang mahu membuat permohonan menukar jantina mereka pada MyKad, namun perkara itu akan diteliti terlebih dulu mengikut prosedur ditetapkan.

“Dalam proses permohonan penukaran jantina (pada MyKad), ada beberapa aspek akan dilihat iaitu dokumen kelahiran yang disahkan oleh doktor.

“Di dalam sijil kelahiran terdapat tiga kategori jantina yang diletakkan iaitu lelaki, perempuan dan diragui.

“Sekiranya jantina individu berkenaan (yang memohon menukar jantina pada MyKad) disahkan oleh doktor sebagai kategori diragui, mereka boleh mengemukakan permohonan untuk memilih salah satu jantina lebih dominan apabila sudah dewasa,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan menolak permohonan daripada individu yang sudah disahkan jantinanya sejak dilahirkan oleh doktor seperti tertera pada sijil lahir.

“Sebelum ini, kami pernah menerima permohonan daripada individu yang mahu menukar jantina asal pada dokumen mereka, namun ditolak kerana perkara itu bertentangan dengan dasar JPN.

“Kalau dalam sijil lahir mereka, jantina adalah lelaki, maka kami tidak akan menerima permohonan individu berkenaan untuk menukar jantina sebagai perempuan dalam sebarang dokumen,” katanya.

Terdahulu, Sajat dilaporkan enggan menjawab apabila dia didakwa pergi ke Ibu Pejabat JPN di Putrajaya, baru-baru ini untuk mengubah status jantina pada MyKad. – BH Online

Kategori