Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Patuhi Aspek Keselamatan Penumpang...

MELAKA - Pengusaha bot dan feri yang membawa penumpang ke Pulau Besar di...

Kes Kerani Sekolah Dibunuh:...

PIHAK polis telah berjaya menahan enam lelaki warga Nepal yang dipercayai terlibat dalam...

Ibu Pejabat YouTube Ditembak,...

SATU insiden tembakan rambang berlaku di ibu pejabat YouTube, San Bruno, Amerika Syarikat...

Penggabungan Tetap Strategi Utama...

KUALA LUMPUR - Axiata Group Bhd. tetap meneruskan penggabungan sebagai strategi utama meskipun...

Jumlah Dagangan Thailand-Malaysia Bakal Cecah US$30 Bilion

KUALA LUMPUR – Kedutaan Besar Diraja Thailand berkata jumlah dagangan negara itu dengan Malaysia kini berada di landasan yang bakal mencecah US$30 bilion (RM121 bilion) dalam tempoh beberapa tahun akan datang, terutama menerusi pelbagai aktiviti perdagangan dan pemadanan perniagaan yang agresif.

Duta Besarnya, Narong Sasitorn berkata pada tahun lepas, perdagangan antara negara-negara jiran berjumlah US$22 bilion dan pameran Jenama Terkemuka Thailand 2018 yang bakal berlangsung akan membantu mencapai matlamat ini, yang telah dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan Bersama (JTC) pada 2015.

“Hubungan perniagaan merupakan ciri utama dalam hubungan yang berpanjangan serta mesra antara kedua-dua negara kita dan acara Jenama Terkemuka Thailand 2018 akan terus menyediakan sebuah platform kepada usahawan kedua-dua pihak bagi meneroka peluang perniagaan dan perkongsian baharu,” katanya pada sidang akhbar acara itu di sini hari ini.

Bertema “Membuka Peluang Perniagaan Baharu dengan Kreativiti Thailand,” pameran itu yang berlangsung dari 9 hingga 12 Ogos di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, akan disertai 100 pempamer termasuk 70 jenama baharu Thailand yang mencari pengedar dan pengimport tempatan.

Acara itu turut menyasar untuk menjana sekurang-kurangnya 500 hubungan pemadanan perniagaaan untuk Thailand dan Malaysia, yang akan terus membuka peluang kepada kedua-dua negara.

Duta yang baharu dilantik itu berkata ketika ini, majoriti perdagangan Thailand adalah dalam sektor minyak dan gas serta pertanian.


Narong berharap Thailand akan mempelbagaikan produk dalam sektor lain seperti makanan dan minuman (F&B) serta sektor berkaitan perkhidmatan.

“Kami juga ingin meningkatkan penyertaan PKS (perusahaan kecil dan sederhana) dalam aktiviti perniagaan antara Thailand dan Malaysia,” katanya.

Semasa acara empat hari itu dibuka kepada orang ramai, pelbagai sektor diketengah termasuk F&B Halal, spa, kecantikan dan kesejahteraan, fesyen dan aksesori, produk haiwan peliharaan, produk isi rumah, pakaian kanak-kanak serta mainan. – BERNAMA

Kategori