Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

PCM Pertikai Tiada Tindakan...

BUKIT MERTAJAM - Parti Cinta Malaysia (PCM) hari ini mempersoal mengapa Majlis Perbandaraan Seberang...

Gadis 18 Tahun Rentung...

KUALA LUMPUR - Mayat seorang remaja perempuan ditemui dalam kereta terbakar di hadapan...

Indonesia Laksana Hukuman Mati...

CILICAP (Indonesia): Pihak berkuasa Indonesia hari ini melaksanakan hukuman mati terhadap tujuh pesalah...

“Saya Sedia Bekerja Dengan...

KOTA BHARU - Calon Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa...

Jurugambar Rakam Imej Buruh Sebenar

MELBOURNE – Jurugambar Australia, Hugh Brown mengembara ke seluruh pelosok dunia semata-mata mahu merakam imej sebenar buruh bekerja dalam persekitaran mencabar dan berbahaya.

Menurut laporan, dianggarkan 30 juta pekerja di seluruh dunia yang terpaksa bekerja dalam situasi berbahaya, teruk dan mencabar selain menerima kadar upah yang tidak setimpal.

Brown pernah melawat beberapa kawasan di India, Pakistan, Bolivia, Ghana, Mali, Indonesia, Cameroon dan Senegal untuk rakaman gambar sejak lapan tahun lalu.

Antaranya termasuk individu-individu yang bekerja di lombong arang batu, mengangkut pasir, ketulan sulfur, mencari perak, permata serta tembaga.

Lebih memilukan, gaji yang diterima buruh-buruh berkenaan adakala tidak mencecah AS$1 (RM4) sehari di lokasi berbahaya termasuk tapak gunung berapi dan kawasan pergunungan.

Brown kini mengumpul semua koleksi gambar berkenaan untuk dimuatkan ke dalam satu projek buku bergambar yang dinamakan sebagai The Cruellest Earth.


“Sejak bertahun-tahun, saya memberi fokus merakam gambar imej-imej cantik yang boleh ditemui. Bagaimanapun, saya mula terasa diri ini kosong. Saya mahu melakukan sesuatu bermakna dalam hidup dan sumbangan sebelum meninggal dunia,” katanya. – Agensi/Kosmo Online

Kategori