Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

DUN Melaka Bubar, Pilihan...

MELAKA - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, mengambil langkah membubarkan...

Makan ‘Ayam Goreng Berulat’...

SABAK BERNAM - Seorang wanita terkilan selepas menemui ulat dalam hidangannya ketika menjamu...

JPJ Sambut Baik Cadangan...

TEMERLOH - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyambut baik cadangan penggunaan karung khas bagi...

Sabah Rekod 351 Kes...

TAWAU - Sabah merekodkan 17,244 kes kemalangan jalan raya dengan 351 kematian pada...

Juruterbang Mabuk, Penerbangan Ditangguh

KATHMANDU – Penerbangan dari Nepal ke Dubai ditangguhkan hampir 10 jam selepas juruterbang didapati mabuk, kata pegawai hari ini.

Pesawat FlyDubai akhirnya meninggalkan Kathmandu dengan kru berbeza.

Anggota kru memaklumkan pegawai lapangan terbang bahawa juruterbang dipengaruhi alkohol tidak sampai sejam sebelum pesawat itu dijadualkan berlepas pagi semalam.

“Ujian pernafasan menunjukkan beliau mengambil alkohol.

“Pemeriksaan perubatan mengesahkan keputusan itu,” kata pengarah urusan Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Raj Kumar Chettri.

Ibu pejabat syarikat penerbangan FlyDubai diberitahu mengenai perkara itu dan penerbangan dengan 154 penumpang itu ditangguhkan sehingga kru baru tiba. – AFP

Kategori