Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Janin Keras Macam Batu...

PAKAR perubatan di India telah dikejutkan dengan satu penemuan perubatan, di mana seorang...

Kecoh Kembar Satu Ibu,...

HANOI - Vietnam mengesan satu kes ganjil membabitkan pasangan kembar yang mempunyai bapa...

60% Perisa Vape Dijual...

KUANTAN - Hampir 60 peratus perisa vape atau rokok elektronik yang dijual di...

“Calon Lain Juga Hadir...

KUALA LUMPUR - Calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil Port Dickson, Datuk...

Kaji Semula Pelan Induk Pembangunan Kg. Baru – Khalid

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah akan mengkaji Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Baru (PITPKB) bagi meneruskan usaha pembangunan semula kampung yang wujud sejak 118 tahun lalu.

Menterinya Khalid Abdul Samad berkata pembangunan kampung itu perlu dan beliau akan membincangkan perkara itu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendapatkan pendekatan yang berbeza tanpa terlalu membebankan kerajaan.

“Saya akan berbincang perkara ini dengan Perdana Menteri, mungkin beliau mempunyai wawasan tersendiri mengenai pembangunan Kampung Baru, hal ini kerana ia memerlukan perancangan yang jelas.

Sekiranya pembangunan semula Kampung Baru tidak dilaksanakan dengan sebaiknya, ia mungkin akan menyebabkan berlaku kesesakan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Lawatan ke Perbadanan Pembangunan Kampung Baru di sini, hari ini.

Pada lawatan itu, beliau meluangkan masa hampir sejam untuk sesi soal jawab bersama kira-kira 100 penduduk Kampung Baru yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Datuk Seri Adnan Md Ikshan.

Khalid berkata pihaknya juga akan mempertimbangkan rancangan untuk mengekalkan elemen Melayu bagi mempertahankan identiti dan sejarah Kampung Baru itu sendiri.


Beliau turut memberi jaminan bahawa keputusan yang dibuat kelak tidak akan meminggirkan atau mengabaikan hak milik serta pewaris asal kampung berkenaan, malah memberi keuntungan kepada semua pihak yang terlibat.

“Pada masa ini, peranan yang sedang giat dilaksanakan adalah untuk selesaikan isu pemilikan tanah dan mendapatkan persetujuan pemilik tanah, perkara ini memerlukan masa dan tolak ansur daripada semua pihak.

Kita cuba capai persetujuan secepat mungkin dan pihak pemaju perlulah menawarkan mengikut pasaran semasa. Apa yang diharapkan adalah penyelesaian yang memuaskan hati kesemua pihak dan saya akan pastikan pemilik atau pewaris tidak tertipu,” katanya. – BERNAMA

Kategori