Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjut...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh negeri...

Nenek Siat Duit RM4.7...

KERANA tidak mahu hartanya diwarisi oleh cucu, seorang wanita berusia 85 tahun di...

Jasad 3 Sekeluarga Mangsa...

BACHOK - Mayat tiga beranak yang dibunuh kejam di sebuah rumah yang dijadikan...

Khazanah: RM1.4B Diguna Ambil...

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd akan menggunakan RM1.4 bilion daripada RM6 bilion...

Kakitangan PAIP Maut Kemalangan Babit 3 Kenderaan

KUANTAN – Seorang kakitangan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) maut dalam kemalangan yang melibatkan tiga kenderaan di KM16 Jalan Lipis – Benta, berdekatan Taman Jelai, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azri Akmar Ayob berkata mangsa, Mohd Sabri Yusuf, 30, berasal dari Kampung Padang Tengku Lipis, yang sedang memandu Perodua Myvi dilaporkan sedang dalam perjalanan menuju ke tempat kerja sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

“Dalam kemalangan pada 7.30 pagi itu, Toyota Hilux yang dipandu pelajar perempuan berusia 18 tahun turut dinaiki seorang kakaknya dan rakan lelaki, masing-masing berusia 19 tahun, sedang dalam perjalanan ke sebuah sekolah menengah di Lipis.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan pacuan empat roda itu dilaporkan cuba untuk memotong sebuah lori pada garisan berkembar, namun tidak lepas sebelum bertembung dengan kereta yang dipandu Mohd Sabri,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya berikutan pertembungan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dalami, manakala pemandu dan dua penumpang kenderaan pacuan empat roda terlibat hanya mengalami cedera ringan.


Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk dibedah siasat dan polis turut menjalankan ujian air kencing terhadap pelajar perempuan berkenaan. – BERNAMA

Kategori