SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) mengambil pendekatan merendah diri, tetapi penuh bersemangat dalam berhadapan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis yang merupakan kubu kuat Pakatan Harapan.
Timbalan Presiden BN yang juga Pengarah PRK parti itu, Datuk Seri Mohamad Hasan mengakui BN berhadapan cabaran besar untuk menang di kerusi DUN tersebut, tetapi berharap pengundi di kawasan itu akan berubah khususnya selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lalu
Mohamad yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan meminta pengundi DUN Sungai Kandis memberi peluang kepada calon BN, Datuk Lokman Noor Adam menang dalam PRK tersebut walaupun beliau bukan orang tempatan Sungai Kandis.
“Ini adalah pendekatan baharu dalam meraih undi. Kita tidak boleh terikat dengan cara lama lagi apabila memboikot calon-calon luar.
“Bukan keistimewaan untuk bertanding calon tempatan, kalah sudah tentu tetapi menang InsyaAllah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
PRK DUN Sungai Kandis menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon PKR, BN dan seorang calon bebas. – Mynewshub.tv