Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Penumpang Ramas Payudara Pemandu...

PERJALANAN yang sepatutnya mengambil masa lima minit menjadi satu mimpi ngeri buat seorang...

Apakah Benar Sungai Pahang...

KECELARUAN dan perubahan cuaca dunia yang tidak menentu lewat kebelakangan ini membawa maksud fenomana...

Ahmad Zahid Hamidi Bertemu...

PUTRAJAYA - Seorang pelajar dari Kuching, Sarawak menganggap dirinya bertuah kerana memiliki nama...

Hampir 46,000 Pandu Laju,...

PUTRAJAYA : Sebanyak 35,618 pemandu dikesan memandu melebihi had laju di hadapan kamera...

‘Kami Ada Calon Tempatan Berkaliber’

SHAH ALAM – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO boleh dipertimbangkan menjadi calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis sekiranya parti menolak calon tempatan.

Ketua Wanita UMNO Kota Raja, Suhaila M Zin, berkata, ahli MT yang dipilih itu perlu dikenali dan sinonim dengan rakyat kawasan terbabit.

Katanya, faktor pemilihan calon penting kerana mampu mempengaruhi undian rakyat pada 4 Ogos depan.

“Jika rasa kami (UMNO Kota Raja) tidak mempunyai calon berwibawa, parti harus memilih calon dalam kalangan MT sebagai calon.

“Bagaimanapun, saya berasa calon tempatan semuanya berkaliber dan mampu membantu rakyat.

“Sebolehnya, kami mahu pemimpin tempatan dipilih sebagai calon kerana sudah kenal dengan rakyat sini,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Semalam, Naib Ketua Pemuda UMNO Kota Raja, Rafify Ramlan, menegaskan UMNO seharusnya meneliti pelbagai faktor dalam menentukan calon yang sesuai di kerusi pada PRK Sungai Kandis, 4 Ogos ini.


Katanya, khabar angin kononnya calon luar akan diletakkan di DUN berkenaan hanya menyukarkan jentera UMNO sepanjang tempoh berkempen berbanding calon tempatan yang lebih dikenali oleh akar umbi.

Sementara itu, Suhaila yang dikatakan tersenarai sebagai antara calon UMNO, akur dengan keputusan parti dalam membuat keputusan.

Katanya, UMNO perlu bekerjasama dalam PRK yang dianggap sebagai sejarah berikutan peralihan pentadbiran kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

“Jika parti putuskan kita tidak bertanding, kita akur. Apa saja keputusan, kita patuh.

“PRK ini memberi tekanan yang hebat selepas BN tidak lagi memerintah, sebab itu kami mahu calon yang dikenali bagi memudahkan UMNO menarik pengundi,” katanya. – BhOnline

Kategori