Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Budaya Kafir Mengkafir Mesti...

SERI ISKANDAR - Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini menggesa agar budaya...

Komando AS Gagal Selamat...

SANAA ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ Dua tebusan warga Amerika Syarikat (AS) dan Afrika Selatan yang ditawan...

Kerajaan Berhasrat Lepaskan 10,000...

KUALA LUMPUR - Kerajaan berharap bank-bank di Malaysia memberi kerjasama baik kepada usaha...

Setiap Hari Baca Quran,...

MENGAKUI kehidupannya jauh lebih bermakna kini berbanding beberapa tahun lalu, Mizz Nina tidak...

Kapal Dagang Bersauh Tanpa Kebenaran Ditahan

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal dagang asing kerana disyaki bersauh di kawasan perairan negara ini tanpa kebenaran.

Timbalan Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata kapal dagang berdaftar di Panama itu ditahan kira-kira 6 petang pada 20 Julai lepas di 0.3 batu nautika selatan Pulau Sepanggar.

“Selain itu, kapal tersebut juga disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana berlabuh di luar batas pelabuhan tanpa kebenaran dan jika disabit kesalahan, boleh dikenakan denda hingga RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata semasa ditahan, kapal yang mempunyai 16 awak-awak warga China dan tiga warga Myanmmar itu sedang dalam perjalanan dari Brunei ke Indonesia.

Katanya kapal dagang tidak bermuatan itu telah diiring masuk ke kawasan kuarantin di dalam batas pelabuhan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut. – BERNAMA

Kategori