Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Video: Penyanyi K-Pop Terlentang...

LUMRAH menjadi seorang penyanyi, apa jua yang berlaku di atas pentas, persembahan tetap...

Tiada Cuti Ganti Khas...

PASIR SALAK - Tiada peraturan yang membenarkan mana-mana guru dilantik sebagai petugas pilihan...

Polis Lengkapkan Kertas Siasatan...

BUKIT MERTAJAM - Polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes kematian pembantu rumah warga...

Majlis Presiden PH Bincang...

PH akan membincangkan secara terperinci persiapan parti itu menghadapi pilihan raya negeri (PRN)...

Keberanian Rakyat Turki Selamatkan Maruah Demokrasi

ISTANBUL – Jutaan rakyat Turki membanjiri Jambatan Bosphorus malam tadi sempena ulang tahun kedua tragedi cubaan rampasan kuasa didalangi pengganas pada 15 Julai 2016, yang mengorbankan 250 nyawa penduduk awam.

Upacara itu diadakan di jambatan berkenaan sebagai mengenang keberanian rakyat Turki yang nekad berkorban nyawa ketika berdepan tentera yang menutup laluan berkenaan pada malam kejadian itu.

Meskipun acara peringatan di lokasi yang turut digelar Jambatan Syahid 15 Julai itu bermula jam 8 malam, namun orang ramai membanjirinya seawal jam 12 tengah hari.

Acara bermula dengan nyanyian lagu patriotik dan bacaan ayat al-Quran, disusuli dengan pengumuman senarai 250 mangsa yang terkorban dalam tragedi terbabit.

Setiap kali nama setiap mangsa diumumkan satu persatu, orang ramai yang membanjiri jalan menuju ke jambatan terbabit, menjerit menyatakan bahawa mereka masih hidup dan bersama di situ.

Bagi penduduk Turki, semua mangsa yang menjadi korban cubaan kudeta itu adalah golongan yang syahid kerana mempertahankan negara daripada jatuh ke tangan pengganas.

Ahli keluarga dan waris mangsa juga menyertai acara peringatan terbabit sambil membawa poster memaparkan ahli keluarga yang menjadi korban.

Lautan manusia membanjiri tapak upacara itu bersama bendera merah Turki, terus gamat sejurus ketibaan Presiden Turki, Reccep Tayyip Erdogan, kira-kira jam 9 malam.

Dalam ucapannya, Erdogan berulang kali memuji rakyat Turki yang disifatkan sebagai pahlawan kerana nekad bangkit menghentikan cubaan rampasan kuasa pada 15 Julai 2016 itu.

“Perjuangan itu kini menjadi contoh kepada rakyat di negara lain. Rakyat Turki yang tidak gentar kepada senjata yang diacukan kepada mereka oleh pengkhianat, akhirnya memperoleh kemenangan pada malam 15 Julai itu.

“Menerusi kejayaan itu, rakyat Turki bukan setakat menumpaskan cubaan rampasan kuasa terbabit, malah menyelamatkan maruah dan reputasi demokrasi seluruh dunia,” katanya.

Erdogan berkata, keberanian rakyat Turki mempertahankan kerajaan yang dipilih secara demokrasi juga juga adalah jawapan paling jelas kepada mana-mana pihak atau penyokong rampasan kuasa dan organisasi keganasan.


Erdogan menegaskan, usaha pentadbirannya memerangi pengganas yang terbabit dalam kudeta itu yang didalangi Fethullah Gulen bersama organisasinya, Fethullahist Terrorist Organisation (FETO), akan diteruskan hingga lumpuh sepenuhnya.

“Kami akan mencari semua sel mereka di mana jua berada dan memusnahkannya.

Perang ini tidak akan terhenti begitu saja, sebaliknya kami akan meneruskan usaha dan bertindak dengan lebih banyak cara demi melindungi negara ini.

“Kami akan memastikan darah mereka yang menjadi korban syahid dan pengorbanan pejuang terdahulu demi kemenangan yang dicapai ini, tidak sia-sia,” katanya.

Erdogan berkata, dalam usaha memerangi keganasan demi manfaat bersama, Turki akan bekerjasama dengan Kesatuan Eropah, NATO, Rusia, China, Afrika dan Asia.Dalam tragedi rampasan kuasa yang gagal pada 2016 itu, seramai 250 rakyat Turki terkorban, manakala lebih 2,000 lagi mengalami pelbagai kecederaan.

Malah, dalam kejadian itu, Erdogan yang sedang bercuti di wilayah Marmaris, turut berdepan cubaan bunuh tetapi bernasib baik kerana segera meninggalkan lokasi terbabit, sejurus menyedari rampasan kuasa berlaku.

Meskipun anggota tentera dan pengganas yang terbabit kudeta sudah menawan stesen televisyen dan radio kerajaan, Erdogan bernasib baik kerana berpeluang menyampaikan pesanannya kepada seluruh rakyat Turki menerusi Facetime.

Ucapan itu mendorong rakyat Turki turun ke jalan raya mempertahankan kerajaan pimpinan Erdogan yang dipilih secara demokrasi menerusi pilihan raya, meskipun berdepan kereta kebal dan kenderaan perisai anggota tentera dan pengganas yang cuba merampas kuasa. – BH ONLINE

Kategori