Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemandu Jengkaut Didakwa Bunuh...

KOTA TINGGI - Seorang pemandu jengkaut didakwa di Mahkamah Majistret dan Sesyen di...

21 Pati Ditahan Di...

TAWAU - Jabatan Imigresen Tawau menahan 21 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam...

Bakal Muktamad Harga Telur...

Kuala Terengganu : Harga munasabah bagi telur penyu yang dibeli daripada pemajak di...

Penyamaran SPAD Berjaya Perangkap...

GEORGE TOWN - Teknik penyamaran oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berjaya menahan...

Kedudukan JKKK : Pahang Akan Tunggu, Lihat

KUANTAN – Kerajaan negeri mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ dalam isu berkaitan kedudukan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata peralihan kuasa Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) telah menimbulkan keadaan kurang jelas mengenai kedudukan JKKK.

“Kita difahamkan bahawa pelantikan JKKK akan dikelolakan pentadbiran negeri, namun setakat ini masih tiada surat hitam putih berkaitan perkara itu.

“Kita juga telah menyediakan beberapa perancangan jika kerajaan pusat menamatkan khidmat JKKK, namun kita dimaklumkan keputusan itu akan dikaji semula,” katanya.

Wan Rosdy berkata demikian pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini, bagi menjawab soalan Young Syefura Othman (DAP-Ketari) berkenaan status JKKK tersebut.


Beliau seterusnya merujuk kepada kedudukan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang dikatakan akan ditamatkan perkhidmatan sebelum keputusan tersebut kemudian dikaji semula Kerajaan Persukutuan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri Datuk Abd Aziz Mat Kiram berkata beliau dimaklumkan bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan mengadakan mesyuarat berkaitan perkara itu pada 30 Ogos depan. – BERNAMA

Kategori