Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pelajar Ditahan Bantu Siasatan...

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifiqayah yang menyelinap keluar...

PKR Yakin DAP Tidak...

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP...

KJ Beri Peringatan: FAM...

KUALA TERENGGANU - "Lakukan perubahan segera kepada skuad kebangsaan negara atau bersiap sedia...

Sebab Utama Himpunan 8...

KEDUDUKAN Islam di Malaysia di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) semakin terpinggir dan...

Kelantan Kena Bentang Pelan Guna Wang Royalti

TANAH MERAH – Kerajaan negeri Kelantan disaran membentangkan pelan penggunaan wang royalti petroleum kepada rakyat agar masyarakat dapat mengetahui bagaimana wang itu bakal digunakan untuk kepentingan mereka.

Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan Husam Musa berkata kerajaan negeri harus memanfaatkan keprihatinan kerajaan persekutuan yang bersetuju menyalurkan bayaran royalti petroleum untuk kepentingan rakyat di negeri ini.

“Saya telah dengar kenyataan pemimpin PAS Kelantan yang begitu ghairah mahu mendapat wang tersebut (royalti), namun saya tidak mendengar perancangan yang akan dilakukan oleh mereka,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pejabat Operasi Amanah Kawasan Parlimen Tanah Merah di sini, malam tadi.

Sebelum ini, kerajaan negeri Kelantan menghargai tindakan kerajaan persekutuan yang bersetuju untuk memberi royalti petroleum kepada negeri ini berdasarkan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mesyuarat Majlis Kewangan Negara bulan lepas. – BERNAMA

Kategori