Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

MB Kelantan Jumpa PM...

KUALA LUMPUR - Esok Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob mungkin bertemu dengan Perdana...

Proton Bakal Dapat Sentuhan...

KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd. (Proton), yang kini diperkasa oleh Zhejiang Geely...

Forum Terbuka: PBDSB Masih...

KUCHING - Parti Bansa Dayak Sarawak Baharu (PBDSB) masih menunggu respons Kelab Penyokong...

Isteri Amri Saman Polis,...

PETALING JAYA - Isteri kepada aktivis Perlis, Amri Che Mat menyaman kerajaan, polis,...

Kelantan Perlu Runding Semula RU355 Dengan Kerajaan

KOTA BHARU – Kelantan perlu mengadakan rundingan semula dengan Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355, kembali dibahaskan di Parlimen.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) dalam soalan tambahannya berkata Kerajaan Negeri pimpinan PAS berjaya meyakinkan Kerajaan Persekutuan pimpinan Barisan Nasional (BN) ketika itu untuk membawa perkara berkenaan menerusi rang undang-undang persendirian yang dibawa oleh anggota Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Tak boleh ke kali ini, kita ‘ test’ perdana menteri ketujuh (Tun Dr Mahathir Mohamad), kita buat apa yang kita boleh buat dan kita tengok apa yang mereka (Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan) boleh lakukan.

“Kita yakin rakyat bersama-sama kita untuk melihat sesuatu yang baik mengenai Islam,” katanya pada persidangan DUN Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Datuk Mohd Nasuruddin Daud berkata Kerajaan Negeri akan mengadakan rundingan dengan Kerajaan Persekutuan berhubung perkara tersebut walaupun terdapat desas-desus yang mendakwa RUU355 tidak akan dibahaskan di Parlimen pada sesi kali ini.

“Kita akui dulu masa kita lulus Enakmen Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993, (Tun Mahathir ketika itu) perdana menteri keempat beri amaran namun sekarang bila beliau jadi perdana menteri ketujuh saya lihat sikap beliau berubah.


“Yang nafi royalti minyak (kepada Kelantan) perdana menteri keempat. Bila beliau jadi perdana menteri ketujuh dia nyatakan kesanggupan untuk bayar, dan mengenai enakmen ini (RUU355) kita harap sikap beliau berubah ke arah yang lebih baik. Itu harapan kita,” katanya.

Terdahulu, Dr Md Yusnan Yusof (PAS-Melor) mahu tahu apakah langkah-langkah yang telah disusun untuk memastikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1993 (Pindaan 2015) akan dapat dilaksanakan pada sesi ini selepas ia diluluskan dalam persidangan DUN Kelantan sesi lepas. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori