Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pengguna Elektrik Berlebihan Takkan...

Terdapat kenaikan kadar bayaran elektrik terhadap isi rumah yang mencatatkan penggunaan berlebihan, kata...

King Khan Bantu Lelaki...

PELAKON Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan bukan sahaja diminati kerana mutu lakonan dan...

Seleweng Dana Kerajaan: Bekas...

PUTRAJAYA - Bekas ketua pengarah sebuah bahagian di Jabatan Perdana Menteri (JPM) bergelar...

Putera William Dan Kate...

Kisah hidup Cinderella ini bukan lagi rahsia semenjak dia menjadi isteri kepada Putera...

Kemas Kini Maklumat PTPTN Dilanjutkan Sehingga 31 Julai

KUALA LUMPUR – Tempoh kemas kini maklumat pendapatan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dilanjutkan enam hari iaitu sehingga 31 Julai ini.

Pengerusinya Wan Saiful Wan Jan berkata ia melibatkan semua peminjam yang sepatutnya membuat bayaran balik dan masih mempunyai baki hutang PTPTN.

Selain maklumat pendapatan, peminjam PTPTN juga perlu mengemas kini maklumat penting lain termasuk alamat, nombor telefon dan e-mel serta maklumat pekerjaan, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Saiful sebelum ini dilaporkan berkata peminjam berkenaan perlu mengemas kini maklumat pendapatan selewat-lewatnya hari ini melalui www.ptptn.gov.my di ruangan ‘Pengemaskinian Maklumat Pendapatan’.

Ini bagi membolehkan kerajaan Pakatan Harapan melaksanakan manifesto pilihan raya yang menyentuh penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN bagi peminjam yang berpendapatan kurang RM4,000 sebulan.


“Saya ingin mengingatkan kepada peminjam agar mengemas kini maklumat pendapatan yang sahih dan benar, dan boleh dibuktikan dengan dokumen sokongan apabila diminta,” katanya.

Beliau berkata sekiranya peminjam PTPTN tidak mengemas kini maklumat dalam tempoh yang ditetapkan, mereka akan dianggap tidak berhasrat memohon penangguhan bayaran balik dan tidak akan dimasukkan dalam dasar baharu bayaran yang bakal dibuat. – BERNAMA

Kategori