Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

APMM Selamatkan Lima Kru...

KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyelamatkan lima kru sebuah bot...

Jalan Di Padang Kota...

GEORGE TOWN - Beberapa jalan utama di kawasan Jalan Padang Kota di sini...

Sikap Berlagak Maradona Bayangi...

BUENOS AIRES - Legenda Argentina, Diego Maradona sememangnya idola kontroversi, dipuja seperti Tuhan...

Himpunan ICERD: Pakaian Putih,...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO mencadangkan semua peserta himpunan besar-besaran membantah Konvensyen...

Kerajaan Masih Susun, Agih Tugas Antara Kementerian

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih dalam proses penyusunan agensi-agensi untuk diletakkan di bawah kementerian-kementerian berkaitan bagi mengelak pertindihan tugas, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata ini kerana terdapat kementerian yang baru diwujudkan dan kerajaan masih dalam usaha untuk mengagihkan tugas kepada kementerian berkenaan.

“Saya tidak tahu secara terperinci tetapi kita masih menyusun bahagian-bahagian yang akan diletak di bawah kementerian-kementerian kerana kita mempunyai kementerian yang baharu dan kita mempunyai usaha untuk mengagihkan tugas-tugas kepada banyak menteri.

“Kadang-kadang ada timbal tindih antara satu kementerian dengan kementerian yang lain maka kita akan betulkan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya berhubung dakwaan tujuh agensi di bawah Kementerian Kewangan dalam pertimbangan untuk ditutup, yang tular di laman sosial.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata kerajaan belum mengkaji cadangan daripada sesetengah pihak untuk memasukkan fakta tentang perjuangan kemerdekaan golongan berhaluan kiri termasuk Parti Komunis Malaya dalam buku teks Sejarah.

“Kita belum kaji lagi. Saya tidak tahu. Ada orang lain yang cadang bukan kita (kerajaan).

“Kita kena faham apa dia komunis. Kita bukan hendak menggalakkan fahaman komunis. Tidak, tetapi kita kena tahu apa itu komunis, kapitalis, demokrasi, kleptokrasi, itu semua kita kena faham,” katanya.


Sementara itu, perdana menteri turut mengulas cadangan pengambilan pemain naturalisasi ke dalam skuad bola sepak kebangsaan.

Dr Mahathir berkata Malaysia boleh menggunakan pemain berstatus naturalisasi untuk memperbaiki kemerosotan prestasi skuad kebangsaan, namun pemain tempatan masih perlu digunakan.

“Sekarang ini, semua pasukan bola sepak ambil pemain dari mana-mana negara… jadi kalau ambil tidak apalah tetapi jangan semua 11 pemain itu dari negara lain. Orang kita kena main juga,” katanya.

Baru-baru ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mencadangkan pengambilan pemain naturalisasi ke dalam skuad kebangsaan dan ia mengundang pelbagai reaksi termasuk Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang antara lain berkata cadangan tersebut perlu diperhalusi dengan baik. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori