Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kerana Sunyi, Wanita Nekad...

Akibat menghadapi kesunyian yang melampau, seorang wanita berusia 57 tahun nekad membunuh dirinya...

Masyarakat Perlu Ambil Manfaat...

JELI - Golongan petani, peniaga dan usahawan perlu mengambil manfaat daripada kewujudan Universiti...

JPJ Sita Bas Sekolah...

KOTA BHARU - Cubaan seorang wanita yang memandu sebuah bas sekolah tanpa lesen...

United Lega Rooney Cergas...

LONDON - Pengendali Manchester United, Louis van Gaal berharap pemulihan cepat kecederaan lutut...

Kes Denggi Meningkat Di Hilir Perak

TELUK INTAN – Sebanyak 203 kes demam denggi dengan lapan lokaliti wabak direkodkan di daerah Hilir Perak sejak Januari hingga Julai tahun ini berbanding 139 kes dalam tempoh sama tahun lepas, kata Ketua Penolong Pengarah Vektor Jabatan Kesihatan negeri Dr Rizawati Mahpot.

Beliau berkata, statistik berkenaan menunjukkan berlaku peningkatan kes sebanyak 46 peratus.

“Kita dapati peningkatan ketara kes demam denggi adalah selepas musim Pilihan Raya Umum ke-14 dan ketika bulan puasa kerana kawasan tapak bazar dan pasar besar kelazimannya adalah antara punca wabak itu menular sebelum dibawa ke kawasan perumahan.

“Bagaimanapun, trend kes denggi telah menurun sejak dua minggu ini hasil tindakan bersepadu dan agresif Pejabat Kesihatan Hilir Perak dengan bantuan agensi-agensi kerajaan terlibat sejak tiga bulan lalu,” katanya ​​​​​​​kepada pemberita selepas menghadiri Gotong Royong Perdana peringkat negeri yang dirasmikan Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Bedamar Terence Naidu di Pasar Besar Teluk Intan di sini, hari ini.

Lapan lokaliti itu ialah Taman Intan Mas 2, Taman Changkat, Taman Indah, Pasar Besar Teluk Intan, Kampung Terengganu, Taman Intan Baru, Taman Impian dan Jalan Woo Saik Hong. – BERNAMA

Kategori