Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

DSV Bakal Tarik Balik...

NAMPAKNYA kontroversi mengenai jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau dikenali sebagai...

Dua Maut, Tiga Parah...

BENTONG: Perjalanan pulang ke kampung lima sekeluarga berakhir tragedi selepas dua orang daripada...

Abdullah Sani Mohon Maaf...

KLANG - Anggota Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid hari ini memohon...

PAS Masih Bersama Pakatan...

MARANG - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sehingga kini PAS...

Kes Wild Boars Angkat Isu Kanak-Kanak Tanpa Negara

OPERASI menyelamat sekumpulan 12 kanak-kanak pemain bola sepak dan jurulatih mereka di Thailand bulan ini telah menjadikan isu kanak-kanak tanpa negara jadi perhatian di Thailand.

Tiga daripada kanak-kanak terbabit dan jurulatih mereka tidak memiliki kewarganegaraan Thailand atau mana-mana negara.

Mereka ialah sebahagian daripada lebih 400,000 orang tanpa warganegara di Thailand, yang sebahagian besarnya ialah daripada etnik minoriti.

Mereka hidup tanpa hak-hak yang sepatutnya kerana tidak diiktiraf sebagai warganegara.

Menurut UNHCR, sekurang-kurangnya 440,000 orang tidak mempunyai kewarganegaraan di Thailand, tetapi angka sebenar dikatakan melebihi 3 juta kerana tiada rekod dokumentasi yang tepat.

Dalam kalangan kumpulan bolasepak Wild Boars, maklumat yang paling banyak diketahui ialah tentang jurulatih mereka, Ekkapol Chantawong, daripada etnik minoriti Shan.

Beliau dilahirkan di Myanmar, menjadi yatim piatu dan menyertai latihan sebagai sami selama lebih 10 tahun selepas memasuki Thailand.

Seorang lagi, Adul Sam-on, 14 tahun dibawa ke Thailand oleh ibu bapanya semasa berusia 6 tahun untuk melarikan diri daripada konflik di wilayah etnik minoriti Wa.

Ibu bapa beliau berharap Adul boleh mendapat pendidikan di Thailand, dan laporan semasa operasi menyelamat menyebut kanak-kanak ini mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan memudahkan kerja bantuan.

Tidak banyak maklumat diketahui tentang dua lagi kanak-kanak, Pornchai Kamluang dan Mongkhol Boonpiam, tetapi dilaporkan ketiga-tiga kanak-kanak memiliki kad pengenalan Thai yang membolehkan mereka mendapat beberapa hak asas.

Jurulatih mereka bagaimanapun tidak mempunyai sebarang pengenalan.

Kawasan gua Tham Luang tempat mereka terperangkap terletak di kawasan Segi Tiga Emas di kawasan sempadan antara Myanmar, Thailand dan Laos.

Hampir separuh populasi puak mendiami kawasan bukit di sini tidak mempunyai kewarganegaraan.


Di sekolah dihadiri Adul, 20 peratus kanak-kanak tidak mempunyai kewarganegaraan dan separuh daripada mereka ialah daripada etnik minoriti.

Tanpa kerakyatan, kanak-kanak dan orang dewasa tanpa kewarganegaraan tidak mendapat faedah dan hak yang biasa bagi warganegara, termasuk hak asasi.

Orang tanpa kewarganegaraan tidak dibenarkan berkahwin, mendapatkan pekerjaan, pasport, atau akaun bank, tidak dibenarkan bergerak antara wilayah dan sukar mendapat khidmat kesihatan dan pendidikan.

Proses untuk mendapat kewarganegaraan sukar disempurnakan kerana banyak faktor termasuk kerana kekurangan pengetahuan tentang isu perundangan.

Although many international and non-government organisations are working with the stateless of Thailand to help them access healthcare, education, and other basic rights, the root cause of all these issues comes back to a lack of citizenship.

Pada hujung 2016, kerajaan Thailand mula berusaha memudahkan pemberian kewarganegaraan kepada 80,000 orang tanpa negara daripada etnik minoriti yang lahir di Thailand.

Syaratnya, mereka berdaftar dengan menteri dalam negeri dan sudah tinggal di Thailand lebih 15 tahun.

Mereka yang merupakan anak kepada ibu bapa yang tidak tinggal di Thailand juga boleh memohon jika sudah menamatkan pengajian di universiti.

Dilaporkan kerajaan sudah memulakan siasatan untuk memudahkan anggota Wild Boars terbabit mendapatkan status warganegara Thailand.

Tetapi proses ini nampaknya sukar dilaksanakan seperti dijanjikan, dan akan terus menjadi salah satu masalah besar Thailand. – LI/Mynewshub.tv

Kategori