Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Lalitha Tidak Boleh Dipercayai...

KUALA LUMPUR : Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam...

KMJ Teruskan Jelajah, Tunku...

MERSING: Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 meneruskan jelajah hari kedua merentasi perjalanan paling...

KPDNHEP Akan Runding Harga...

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan...

Perniagaan Online Berdaftar Elak...

SUDAH banyak berlaku insiden di mana ramai pelanggan tertipu apabila berurusniaga dengan perniagaan atas talian...

Khaled Berterima Kasih Atas Kepercayaan Terajui UMNO Perlis

JOHOR BAHRU – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merakamkan penghargaan dan terima kasih terhadap pucuk pimpinan parti atas kepercayaan melantik beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis.

Mohamed Khaled menerusi kenyataan di sini hari ini berkata beliau sedar pelantikan itu mengundang banyak persoalan di kalangan pimpinan UMNO Perlis dan menyerahkan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menjelaskan rasional pelantikan itu kepada pimpinan UMNO negeri berkenaan.

“Harapan saya ialah pencerahan dari Presiden ini akan segera dapat dilakukan agar tidak tertangguh lagi usaha pembaharuan UMNO pasca Pilihan Raya Umum ke 14,” katanya.

Mohamed Khaled dalam pada itu mengucapkan tahniah kepada Datuk Ir Hasni Mohamad atas pelantikan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang baharu.

Beliau turut merakam setinggi penghargaan kepada Badan Perhubungan UMNO Johor serta seluruh anggota dan penggerak UMNO Johor atas segala komitmen, sumbangan dan kerja keras yang ditunjukkan sepanjang beliau menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor.


“Saya berharap dengan pengumumam pelantikan jawatan utama parti seperti yang telah diumumkan Presiden, kita semua dapat mula bekerja dengan segera untuk membangunkan semua wibawa UMNO.

“Insya-Allah melalui dukungan semua pihak, kita akan dapat mencari ikhtiar terbaik untuk menjadikan UMNO sebagai sebuah gerakan politik orang Melayu yang kuat, dihormati dan berupaya untuk memberikan sebanyak mungkin kebaikan kepada semua,” katanya. – BERNAMA

Kategori