Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bubar DUN Atau Buang...

NAMPAKNYA seperti kaduk sudah naik junjung. DAP Selangor dilaporkan 'mengugut' Menteri Besar Selangor, Mohamed...

Kandungan Kargo Bukan Punca...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyangkal dakwaan kononnya kandungan kargo berbahaya yang dibawa pesawat...

4 Terbunuh, 4 Cedera...

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya empat orang maut dan empat lagi cedera apabila lelaki bersenjata tidak...

Jangan Cakap Pasal Ketuanan...

KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta orang Melayu supaya tidak meraih...

Kim Swee Pilih Baddrol, Rizal Dan Aidil Zafuan

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah 23 (B-23) tahun negara, Datuk Ong Kim Swee memilih dua pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali serta Aidil Zafuan Abdul Radzak dari Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mengisi tiga kuota pemain lebih umur untuk menghadapi Sukan Asia 2018.

Berdasarkan senarai 24 pemain diumumkan jurulatih kelahiran Melaka itu, 17 pemain skuad B-23 yang mencipta sejarah mara ke suku akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China pada Januari lalu, dikekalkan untuk temasya empat tahun sekali itu, dengan acara bola sepak dijadual bermula 14 Ogos hingga 1 Sept.

Dalam pada itu, Kim Swee menyenaraikan empat pemain baharu – Syafiq Ahmad (JDT), Faisal Abdul Halim (Pahang), Rodney Celvin Akwensivie (PKNS FC) dan penjaga gol Khatul Anuar Md Jalil (Kuala Lumpur) bagi kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 30 Julai ini, sebelum memilih 20 pemain terbaik untuk Sukan Asia.

Mengulas mengenai pemilihan tersebut, Kim Swee berkata selepas kesemua pemain melapor diri di Wisma FAM, skuad itu akan berlepas ke Changzhou, China pada 2 Ogos bagi menghadapi perlawanan persahabatan bertemu pasukan China B-23 pada 5 Ogos dan kembali ke tanah air, sehari kemudian.

“Kemudian kita akan meneruskan kem latihan di Wisma FAM dan mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi B-23 di Kuala Lumpur pada 9 Ogos. Jika mengikut jadual asal Sukan Asia 2018, kita akan berlepas ke Indonesia pada 12 Ogos sebelum perlawanan pertama dijadual 14 Ogos.

“Senarai 24 pemain yang saya pilih ini adalah berdasarkan prestasi semasa mereka dalam saingan Liga Super dan Liga Premier, serta penilaian ketika kem latihan skuad B-23 kebangsaan sebelum ini serta prestasi pemain yang dipanggil ke skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe,” katanya menerusi kenyataan.

“Bagi kuota pemain lebih umur, saya melihat Baddrol sebagai seorang pemain serba boleh dan mampu beraksi di banyak posisi. Aidil pula kepimpinan dan pengalamannya diperlukan bagi mengemudi barisan pertahanan manakala Rizal boleh beraksi di pertahanan kanan dan sayap kanan serta merupakan pemain yang berpengalaman,” katanya.

Menurut kenyataan itu, nama kesemua 30 pemain, termasuk enam pemain dalam senarai menunggu, sudah dihantar untuk pendaftaran awal ke Sukan Asia 2018 dan tiada sebarang pemain lain boleh diganti masuk dalam senarai 20 pemain terakhir tersebut.

Malaysia diundi dalam Kumpulan E bersama-sama juara bertahan Korea Selatan, Bahrain dan Kyrgyzstan pada temasya sukan tersebut. – BERNAMA

Senarai 24 pemain:


Enam pemain dalam senarai menunggu:

 

 

 

 

 

(Nota: *pemain lebih umur)

Kategori