Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Nicol Akhiri Kemarau 15...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David mengakhiri kemarau 15 bulan...

Malaysia Perlu Bersedia Penularan...

SHAH ALAM - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kepada negara-negara rantau ini...

Universiti Terbaik China Wajib...

BEIJING - Sebuah universiti terkemuka China di sini dikecam netizen menerusi media sosial...

Masalah Kewangan KAFA Perlu...

KUALA LUMPUR - Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat mahu masalah kewangan...

KKM Arah Jalankan Saringan Kesihatan Di Taska, Tadika, Prasekolah

BUKIT MERTAJAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan guru dan pengendali tadika, taska serta prasekolah agar melakukan saringan kesihatan ke atas kanak-kanak dalam usaha membendung penularan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata arahan itu telah dikeluarkan sejak Isnin lepas bagi memastikan kanak-kanak yang dijangkiti HFMD tidak datang ke premis berkenaan supaya murid lain tidak dijangkiti.

“Selain itu pihak Jabatan Kesihatan Negeri di seluruh negara juga memberi tunjuk ajar kepada guru dan pengendali tadika, taska dan prasekolah bagaimana menjaga kebersihan serta membersihkan tangan dengan cara yang betul supaya kanak-kanak dapat mengamalkannya dalam kehidupan harian mereka terutama mencegah HFMD.

“Penyakit HFMD ini adalah berpunca daripada masalah penjagaan kebersihan diri dan sebab itu kami mahu semua kanak-kanak tahu cara jaga kesihatan supaya dapat membendung penularan kes berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Gotong-Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Peringkat Pulau Pinang di Taman Pauh Indah, di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan Dr Afif Bahardin dan Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang Datuk Dr Wan Mansor Hamzah.

Dr Lee berkata ketika ini kes HFMD masih diperingkat berjaga-jaga dan jika keadaan semakin teruk Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan seterusnya yang lebih menyeluruh.

“Ketika ini kami menutup sekolah, tadika, taska dan prasekolah yang terdapat kes HFMD dan kanak-kanak yang dijangkiti penyakit itu juga dinasihatkan di kuarantin di rumah masing-masing sehingga 10 hari, saya yakin kami dapat kawal penularan (HFMD) tersebut,” katanya.


Katanya sebanyak 34,929 kes (HFMD) dilaporkan di seluruh negara sejak Januari sehingga semalam berbanding hanya 22,422 kes pada tahun lepas dan sejumlah 539 premis ditutup membabitkan 39 sekolah, tadika serta prasekolah (259) dan taska (241).

“Sebanyak sembilan sekolah daripada 39 itu ditutup sepenuhnya iaitu tujuh di Sabah dan masing-masing satu di Pulau Pinang dan Pahang manakala 30 sekolah lagi hanya membabitkan kelas sahaja. Sehingga sekarang tiada kanak-kanak yang meninggal dunia di sebabkan HFMD,” katanya.

HFMD ialah penyakit disebabkan virus dan gejala penyakit itu adalah demam, ruam di tapak tangan, kaki dan ulser di mulut dan lidah serta gejala dan tanda-tanda jangkitan saluran pernafasan atas (URTI).

HFMD disebabkan jangkitan virus khasnya daripada jenis Coxsackie A16 serta Enterovirus 71 (EV71) dan virus itu merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh dan najis pesakit. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • HFMD

Kategori