Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tipu Projek Banglo RM6...

KUALA LUMPUR - Kes projek banglo mini kini semakin panas apabila aktor kacak...

Wujud Konspirasi Jatuhkan MB...

IPOH - Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming hari ini mengesahkan wujud konspirasi...

Lebih RM7,000 Rampasan 11...

KUANTAN - Lebih RM7,000 nilai pelbagai jenis barangan dirampas oleh Kementerian Perdagangan Dalam...

SPRM Siasat CEO TEKUN...

SEORANG bekas Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional yang bergelar Datuk ditahan reman selama...

Kugiran Masdo Masih Impi Rakam Lagu Di London

KUGIRAN Masdo masih mempunyai hasrat untuk meneruskan impian untuk merakam lagu di kota London.

Vokalis band baharu itu, Ali Sariah berkata ada pihak ingin menaja perjalanan mereka yang sepatutnya pada bulan Ogos depan namun telah menarik diri.

“Memang kami ada rancangan untuk merakam lagu di London dan sepatutnya kami pergi sana pada bulan Ogos nanti.

“Namun pihak yang ingin menaja kami itu telah menarik diri. Tapi kami tetap ingin teruskan rancangan itu,” kata Ali kepada mStar Online.


Kugiran Masdo tetap ingin teruskan hasrat merakam lagu di London.

Kugiran Masdo adalah band indie yang dianggotai Ali, Azham Ahmad (dram), Putu Ceri (bass/vokal), dan Asmawi (gitar/vokal).

Tambah Ali, mereka masih mencari mana-mana pihak yang sudi untuk memberi tajaan bagi mengurangkan kos perjalanan dan perbelanjaan mereka.

“Sekarang ini kami masih lagi mencari penaja yang sudi membantu mengurangkan kos perbelanjaan.

“Kalau ikutkan lagu semuanya sudah ada dan perancangan itu pun sudah disusun. Cuma memang ada masalah dari segi penajaan sahaja,” ujarnya.


Dalam pada itu, kumpulan ini mengetengahkan muzik pop era 1960-an bukan kerana enggan bersaing dengan band yang sedia ada dalam industri muzik.

Namun menurut Ali, dia telah dibesarkan dengan muzik dan lagu tersebut semenjak kecil.

“Kami pilih muzik pop era itu bukan sebab tak nak bersaing dengan kumpulan-kumpulan lain.

“Tapi memang dari kecil lagi saya dibesarkan dengan muzik seperti itu,” ujarnya.

Kugiran Masdo popular menerusi lagu Bunga, Teruna Dara, Malam Pesta Rock and Roll dan Berchanda. – mStar Online

Kategori