Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kes Bunuh: Reman 3...

LUMUT - Tempoh reman tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang ditahan...

Isytihar Sokongan PM Bakal...

SHAH ALAM - Langkah pengisytiharan sokongan terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad...

5.63 Juta Sudah Daftar...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 23.2 peratus atau 5,633,903 individu berusia 18 tahun ke...

Mudah Seludup Barang Terlarang...

KOTA BHARU - Begitu mudah melakukan aktiviti seludup barang terlarang dari Thailand melalui...

Kutip Duit Jatuh Dari ‘Langit’

TINDAKAN murni sekumpulan ahli pasukan berbasikal dari kampus kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) dekat Nibong Tebal mengutip sejumlah wang yang bertaburan di atas jalan raya semalam, menyelamatkan pengusaha kantin sekolah daripada mengalami kerugian.

Ketika kejadian, seramai 15 ahli yang kesemuanya terdiri daripada kakitangan USM sedang menjalani latihan untuk menyertai Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) pada 9 hingga 13 Ogos hadapan.

Penolong Pendaftar Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia USM, Mohd Kamil Ashar, 41, yang menyertai latihan berkenaan berkata, kejadian kira-kira 5 petang itu disedari ahli pasukannya yang terdengar bunyi sesuatu benda terjatuh sebelum menoleh dan terkejut apabila melihat seolah-olah terdapat wang yang terjatuh dari langit.

Berikutan itu, dia bersama pasukannya segera berhenti dan menahan semua kenderaan yang melalui kawasan berkenaan untuk mengutip kesemua wang itu.

“Kami melalui kawasan itu yang menjadi antara laluan utama sejak menjalani latihan, baru-baru ini.

“Entah bagaimana tiba-tiba ada ahli kami terdengar bunyi seperti benda terjatuh dan alangkah terkejutnya melihat wang bertaburan di atas jalan, lalu kami segera menahan kenderaan yang melalui jalan terbabit untuk mengutip wang terbabit,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, hari ini.

Mohd Kamil berkata, wang berkenaan kemudian dihantar ke kampus USM dan diletakkan di bawah jagaan Pusat Islam sementara pihak pengurusan mewawarkan berita kehilangan wang di Facebook.


“Bagaimanapun, ada ahli kami kembali ke lokasi kejadian terbabit dan melihat ada lelaki yang bekerja sebagai pengusaha kantin di sebuah sekolah mencari sesuatu dalam keadaan buntu,” katanya.

Wang yang berjumlah lebih RM1,300 itu diserahkan semula kepada pengusaha kantin itu 8.45 pagi tadi.

“Kami gembira melihat riak wajah pengusaha kantin ini yang bersyukur apabila wang miliknya ditemui semula apatah lagi wang itu adalah untuk membayar gaji pekerja-pekerjanya.

“Menurut pengusaha kantin berkenaan, dia ketika itu meletakkan sampul berisi wang di atas but keretanya dan bersembang sehingga terlupa mengambil sampul itu sebelum terus pulang ke rumah,” katanya.

Mohd Kamil berkata, dia berterima kasih kepada semua pengguna jalan raya yang melalui jalan itu kerana memberi kerjasama kepada pasukannya untuk mengutip wang terbabit bahkan ada yang turun untuk ikut serta membantu mempercepatkan kerja. – MyMetro

Kategori