KECAM… Selepas beberapa cucu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dikutuk netizen tempatan atas pelbagai sebab, kali ini seorang lagi keturunan beliau menjadi bahan kecaman.
Sebelum ini pengguna media sosial mencela gaya hidup mewah seorang cucu perempuan Mahathir yang lepak santai di atas sebuah bot persiaran eksklusif selain cucu lelakinya tidur di tilam sambil ditemani beberapa ekor anjing.
Tidak ketinggalan dapat perhatian netizen sehingga tular ialah beberapa gambar memaparkan lagak seseorang cucunya yang kelihatan seperti tomboy sedang ceria meneguk arak dan mengucup pasangannya tanpa rasa malu.
Kali ini, seorang lagi cucu pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu yang hanya dikenali sebagai Melia Serena, tidak terlepas dikritik ramai netizen Muslim dari seluruh dunia kerana penampilan dirinya dikatakan begitu seksi.
Anak perempuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu diselar kerana memuat naik gambar dia berada di London, Britain baru-baru ini mengenakan pakaian agak kurang sesuai dengan norma budaya tempatan.
Baca: Murid Naik Bot Redah Bah, Cucu Tun Santai Bot Mewah
Dan: Haram Haji Guna Duit 1MDB, Halal Cucu Tun Belai Anjing
Serta: Hebat PM Mampu Bergaya Kereta Mewah RM1.6 Juta
Juga: “Suami Yang Larang Saya Bertudung” – Siti Hasmah
Meskipun menerima lebih 5,000 tanda suka, puluhan komen negatif dapat disaksikan menerusi laman Instagram Melia Serena, 17, kerana gaya busana yang dikenakan itu menyerlahkan kehidupan mewah cucu perdana menteri.
Ini jauh berbeza dengan tohmahan Mahathir sendiri kononnya Malaysia di ambang muflis akibat tanggung hutang cecah RM1 trilion sehingga terpaksa wujudkan sebuah tabung khas untuk kutip derma daripada rakyat marhaen.
“Awak tu cucu perdana menteri… Pakailah baju elok sikit aduhhh”, komen seorang netizen dikenali sebagai Faez Dzulkarnain tetapi dibalas semula Melia Serena dengan jawab: “look at my story 🙂 kubur kau ke kubur saya sia”.
Mungkinkah gadis ini bergurau, namun jawapan diberikan itu menggambarkan tahap personaliti dirinya kurang sensitif dengan status dirinya sebagai anak menteri besar dan cucu kepada perdana menteri sebuah negara Islam.
Apakah Allah SWT hendak tunjukkan bagaimana sisi liberal keluarga Mahathir yang memang diketahui agak bebas sehinggakan isterinya sendiri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali mahu berhijab pun dilarangnya? – Mynewshub.TV
* Video berikut sekadar sindiran sahaja…