Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Guan Eng Tak Jawab...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng diminta supaya menjadi pemimpin yang...

Kanye West Cabar Selebriti...

PENYANYI rap terkenal Kanye West nampaknya tidak serik mencetuskan kontroversi. Terbaharu, suami kepada Kim...

JPJ Tahan 19 ‘Ulat’...

SEPANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menahan 19 'ulat' disyaki menawarkan perkhidmatan kereta sewa...

Tahap Kelaparan Global Meningkat...

JUMLAH manusia menghadapi kelaparan telah meningkat sejak tiga tahun lalu, selepas beberapa tahun...

Laporan Penuh Siasatan MH370 Dibentang 30 Julai

PUTRAJAYA – Laporan penuh siasatan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 akan dibentangkan kepada keluarga mangsa pada satu pertemuan tertutup 30 Julai ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata pembentangan itu akan dibuat oleh ketua penyiasat Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Malaysia bagi MH370 Datuk Kok Soo Chon.

Loke berkata pihak Malaysia Airlines sedang menghubungi semua keluarga dan waris mangsa untuk hadir ke pembentangan itu di Kementerian Pengangkutan.

“Laporan ini akan dibentangkan secara sepenuhnya, tiada penyuntingan, pertambahan atau penolakan apa-apa ayat,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang dan kru, hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac, 2014.


Loke berkata laporan itu akan dibentangkan di Parlimen pada 31 Julai selain dimuat naik dalam laman sesawang kementerian.

“Sebanyak 1,000 naskhah laporan penuh siasatan dicetak dan akan dihantar kepada setiap kedutaan asing serta organisasi media yang terlibat,” katanya.

Loke berkata pembentangan itu dibuat selaras dengan janjinya sebelum ini bahawa kerajaan akan telus dalam mengendalikan laporan berkenaan dan komited mengeluarkan laporan itu pada Julai.
BERNAMA

Kategori