Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Datasonic Miliki Teknologi Kad...

KUALA LUMPUR - Syarikat Datasonic Group Berhad dipilih sebagai pembekal kad pengenalan pintar...

Kepimpinan Pakatan Harapan Hanya...

LUMUT – Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan pembentukan...

PH Tak Pernah Beri...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan (PH)...

“Maafkan Saya, Cuma Mahu...

PENAT sangat rasa. Tapi bahagia sangat. Syukur pada Allah.Teringat mak dulu senyum...

Laporan Terakhir Insiden Lemas PDIT 2018 Minggu Depan

KUALA LUMPUR – Laporan terakhir mengenai insiden dua peserta Port Dickson International Triathlon (PDIT) 2018 lemas dijangka dikeluarkan pada minggu hadapan.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata pihaknya telah ke Negeri Sembilan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai insiden berkenaan.

“Semalam, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Lokman Hakim Ali telah pergi ke Negeri Sembilan untuk berbincang mengenai hal ini dan mengumpulkan dokumen serta bukti.

“The police have been notified and they have been cooperated with us. I believe the final result of the taskforce will be released sometime next week, ” (“Polis telah diberitahu dan mereka memberi kerjasama kepada kita. Saya percaya keputusan akhir pasukan petugas itu akan dikeluarkan minggu hadapan,”) katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian kesefahaman (MOU) di antara Persatuan Badminton Malaysia dengan Ehime, Jepun di Akademi Badminton Malaysia, hari ini.

Turut hadir, Presiden Persatuan Badminton Malaysia Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria dan Gabenor Wilayah (Prefecture) Ehime merangkap Presiden Persatuan Badminton Ehime, Nakamura Tokihiro.


Pada 15 Julai lepas, peserta triathlon Yuen Chi Yuen, 42, warganegara Hong Kong dilaporkan hilang selepas gagal melaporkan diri kepada urusetia selepas menyertai acara renang. Beliau ditemui lemas pada keesokan harinya di perairan Tanjung Tuan.

Selain Yuen, seorang lagi peserta PDIT 2018 Tharm Wei Wong, 39, yang berasal dari Pulau Pinang turut lemas ketika menyertai acara renang triathlon itu. – BERNAMA

Kategori