Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Neelofa Sambut Baik Teguran...

SELEBRITI dan ahli perniagaan berjaya Noor Nelofa Mohd. Noor mengucapkan terima kasih kepada...

Saringan PABM 2015: Peserta...

BANGI - Peringkat saringan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2015...

Lantik Juruperunding Audit Bertauliah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya akan melantik juruperunding audit bebas bertauliah pada...

LRA Sungai Semenyih Kembali...

KUALA LUMPUR - Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang dihenti operasi susulan...

Latihan Berpasukan Bantu 12 Anak Thai Bertahan

KITA semua sedia maklum tentang kata-kata pemberi semangat yang diucapkan oleh jurulatih kepada pemain, daripada sukan remaja hingga ke sekolah menengah, kolej, malah di peringkat profesional.

Biasanya kata-kata tersebut berbunyi begini: Cuba sedaya upaya, jangan hilang tumpuan, bantu rakan sepasukan anda, jangan mengalah.

Ada masanya, mengikuti pesanan ini boleeh membantu dalam memenangi perlawanan atau kejohanan.

Dalam kes 12 orang pemain bola sepak remaja yang terperangkap dalam gua yang ditenggelami air di Thailand, mematuhi kata-kata penguat semangat itu mungkin telah menyelamatkan nyawa mereka.

Dalam keadaan tidak pasti sama ada mereka akan terus hidup atau mati sementara menunggu bantuan, kanak-kanak terbabit berdepan keadaan hidup dan mati yang menjadikan nilai-nilai kerja berpasukan, sikap positif dan kepimpinan sebagai amat penting.

Kesemua mereka dapat diselamatkan, yang menurut penyelamat dan pakar-pakar sukan, disebabkan sebehagian besarnya oleh sebab mereka mendengar pesanan jurulatih mereka, Ekapol Chanthawong atau “Coach Ake,” dan tidak melupakan pelajaran di padang.

“Peranan sukan dalam kehidupan ialah membina skil yang kemudian menjadi skil dalam kehidupan harian,” kata John O’Sullivan, pengasas Changing the Game Project, sebuah pertubuhan sosial sukan.

“Pelajaran tentang bekerjasama, bergantung pada rakan sepasukan, percaya pada mereka. Semua ini menjadi sebahagian skil penting kehidupan yang diajar melalui sukan. Kanak-kanak itu terpaksa menggunakan skil ini dalam kehidupan lebih awal dari yang dijangka.”

Jurulatih kalangan yang terbaik biasanya mahir menanamkan tabiat yang kemudian boleh dibawa ke dalam ruang lain kehidupan. Idea umumnya: membuat hantaran yang baik tidak semestinya boleh membawa kepada kemenangan pada hari itu. Tetapi melakukan semua perkara kecil yang diperlukan untuk menjadi ahli pasukan yang baik akan memberi kesan sangat positif dalam kehidupan masa depan.

“Pengajarannya tidak semestinya hasil yang dicapai,” kata John Tauer, jurulatih bola keranjang cemerlang di Universiti St. Thomas di Minnesota, Amerika Syarikat, yang juga mengajar psikologi sosial.

“Kita bercakap mengenai hal ini sepanjang masa. Kita tidak mengawal hasilnya. Kita hanya mengawal usaha kita dan bagaimana kita bermain bersama.”

Dalam kejadian di gua Thailand itu, pengajarannya ialah “bagaimana mengharungi lima minit akan datang bersama-sama? Jawapannya ialah bertenang walaupun ada yang panik. Melakukan semua ini dalam situasi itu membantu mencapai matlamat mereka.”


Chantawong menghabiskan masa hampir 10 tahun sebagai sami Buddha dan belajar seni meditasi – skil yang mungkin membantu menenangkan kanak-kanak terbabit, yang berusia dari 11 hingga 16 tahun, sementara menunggu bantuan hari ke hari hingga mencecah minggu.

Beliau juga banyak menghabiskan masa bersama mereka sebelum insiden di gua itu. Antara aktiviti luar yang dilakukan bersama mereka ialah berbasikal, berkayak, beriadah di air terjun, dan menjelajah gua.

Aktiviti tersebut ialah sebahagian aktiviti membina semangat berpasukan yang digunakan oleh jurulatih untuk merapatkan hubungan antara ahli pasukan yang mungkin tidak bertemu satu sama lain di luar padang bola.

Aktiviti lasak berpasukan itu juga membantu merapatkan hubungan dengan jurulatih dan menyebabkan beliau dianggap sebagai seorang yang dipercayai.

“Kepercayaan bukan sekadar kemampuan untuk mengajar bola sepak,” kata O’Sullivan. “Tetapi apa yang penting ialah hubungan dengan anak-anak itu. Jurulatih perlu menjadi seorang yang dipercayai dan menjadi tempat bergantung. Bila berdepan situasi hidup dan mati, masa itulah kepercayaan menjadi sangat penting.”

Ada beberapa pasukan terlibat dalam misi menyelamat tersebut, sehingga 100 orang pakar penyelamat tentera, termasuk pasukan SEAL tentera laut Thai, yang semuanya terlibat dalam latihan membina pasukan masing-masing.

Ketua pasukan penyelamat dari Amerika Syarikat, Derek Anderson, menyifatkan survival pasukan bola sepak kanak-kanak Thai itu dan kerja-kerja menyelamat tersebut sebagai satu contoh ulung kerja berpasukan. Tambahnya lagi, kanak-kanak terbabit sangat kuat berdepan tekanan.

“Apa yang sangat penting ialah juru latih dan kanak-kanak itu semua bersatu hati dan bercakap tentang kekal bersemangat dan mahu terus hidup,” kata Anderson.

Usaha menyelamat dan mengeluarkan setiap seorang daripada 12 kanak-kanak dan jurulatih mereka dari dalam gua yang berselirat itu memakan masa sekitar 9 jam. Setiap seorang perlu memakai peralatan menyelam dan melalui jalan sempit dan gelap untuk keluar dari gua tersebut.

“Pengajarannya ialah membuat perkara yang betul, bersatu hati dan kemudian menyerahkkan nasib kepada takdir,” kata Tauer. Dalam sukan, seperti juga dalam keadaan krisis, “seorang pemimpin cuba membuat kita melakukan yang terbaik. Tetapi apa yang penting juga ialah kepercayaan.” – AP

Kategori