Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Ada 3 ‘Singa’ Kuasai...

MELAKA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan...

Ajal Imam, Isteri Bersama...

KLUANG - Imam Masjid Jamek Simpang Renggam, dekat sini, dan isterinya meninggal dunia...

Rabies: 130 Anjing, Kucing...

TANJUNG MALIM - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) PerakĀ menyuntikĀ vaksinĀ terhadapĀ 65 ekorĀ anjing dan 67 ekorĀ kucing di...

Rompakan Tiru Aksi ‘Fast...

SEKUMPULAN perompak dari Romania meniru aksi filem Fast and Furious lakona Vin Diesel...

Lebih 150 Dijangka Sertai Pertandingan Memancing Antarabangsa

KUCHING – Edisi keempat pertandingan memancing antarabangsa sempena Festival Seminar Antarabangsa 2018, yang akan diadakan September ini, dijangka mampu menarik lebih 150 peserta terdiri daripada pemancing tempatan dan antarabangsa.

Penyelaras pertandingan, Krisnam Louis Sebod berkata pertandingan akan diadakan pada 1 Sept di Sungai Semadang di Kampung Semadang, Borneo Heights, kira-kira 40km dari bandar raya ini.

Beliau berkata pertandingan dibahagi kepada tiga kategori, iaitu tangkapan paling cepat, paling besar dan paling banyak (mengikut jumlah berat kesemua tangkapan).

Katanya bagi kategori tangkapan paling cepat, pemenang akan membawa pulang wang tunai RM100 berserta piala, manakala pemenang kategori tangkapan paling berat pula membawa pulang wang tunai RM100 berserta piala.

“Juara kategori angkapan paling banyak pula akan membawa pulang wang tunai RM500 berserta piala, manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula masing-masing membawa pulang wang tunai RM300 dan RM200 berserta piala.

“Selain itu, penganjur turut menyediakan tujuh hadiah sagu hati bernilai RM50 setiap satu,” kata Krisnam.

Krisnam berkata yuran pendaftaran ditetapkan sebanyak RM20 untuk penggunaan sebatang joran dan dua mata pancing dan hendaklah dibayar tunai.

“Penggunaan mata pancing cangkuk tiga tidak dibenarkan tetapi para peserta bebas menggunakan apa juga umpan, manakala ikan yang ditangkap mestilah masih hidup, segar dan diserahkan kepada juri untuk ditimbang,” katanya sambil menambah, hanya ikan yang tercangkuk pada mulut sahaja yang akan dikira.


“Peserta yang agal mematuhi segala peraturan terbatal secara automatik manakala yuran penyertaan tidak akan dipulangkan,” kata beliau.

Krisnam berkata para peserta dibenarkan mengambil ikan yang ditangkap tetapi hanya untuk ditimbang dan mereka perlu melepaskannya semula ke dalam sungai selepas itu.

Beliau berkata pendaftaran bermula dari 7 hingga 9 pagi di Dewan Serba Guna Kampung Semadang manakala pertandingan berlangsung dari 10 pagi hingga 1 tengah hari.

“Peserta digalakkan tiba awal,ā€ kata beliau.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Krisnam di talian 010 – 9666416 untuk keterangan lanjut.

Beberapa aktiviti lain juga akan diadakan sempena festival tiga hari itu (31 Ogos-2 Sept) termasuk pertandingan tarian kebudayaan dan muzik tradisional, pertandingan ratu cantik Miss Tagang, pertandingan memasak, perlumbaan kayak, pertandingan bola sepak jalanan, bazar makanan dan pameran. – BERNAMA

Kategori