Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Anak Kapal Warga Thailand...

SHAH ALAM - Seorang anak kapal warga Thailand dilapor hilang dipercayai terjatuh ke dalam laut,...

Gelap Mata Hadiah Lumayan,...

RAUB - Akibat gelap mata dengan tawaran hadiah wang tunai yang lumayan, seorang...

Akhbar Kwong Wah Yit...

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ Malaysia) mendakwa seorang lagi...

HDOK Diisytihar Hospital Bebas...

SANDAKAN - Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan menjadi premis dan pejabat kerajaan...

Lebih 600 Kes Tibi Di Negeri Sembilan Tahun Lepas

TAMPIN – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan merekodkan sebanyak 631 kes penyakit Tuberculosis (Tibi) dengan 43 kematian pada tahun lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S. Veerapan.

Beliau berkata jumlah itu bagaimana pun menyaksikan penurunan sebanyak 10 kes berbanding 641 kes pada tahun 2016 dan 666 kes, 2015.

“Sepanjang tahun 2017 sejumlah 35,212 pesakit yang mempunyai tanda dan gejala Tibi telah disaring di Negeri Sembilan. Hasil daripada saringan tersebut, didapati seramai 152 pesakit dikesan positif Tibi melalui ujian kahak dan x-ray dada,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Negeri Sembilan, di Dewan Perdana Tampin, di sini.

Veerapan berkata, kesedaran awal mengenai tanda-tanda awal penyakit Tibi dikalangan masyarakat amat penting bagi membantu mencegah penularan wabak itu.


“Pelbagai program pendidikan kesihatan mengenai penyakit Tibi telah dilaksanakan secara berterusan melalui penyebaran poster-poster dan risalah kepada semua fasiliti kesihatan.

“Kempen mengenai penyakit Tibi akan terus diperhebatkan supaya maklumat mengenai penyakit ini dapat dihayati dan difahami oleh segenap lapisan masyarakat,” katanya. – BERNAMA

Kategori