Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Siasatan Bersama MH17...

Pasukan penyiasat antarabangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 berkumpul minggu ini untuk...

AMK Cemas Pro-Kerajaan Menang...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang cemas dengan keputusan pilihan raya...

Fitnah 1MDB: Rahman Dahlan...

SUSULAN pendedahan Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengenai pengakuan...

PNB Sumbang RM8 Juta...

PUTRAJAYA - Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini menyumbang sebanyak RM8 juta kepada...

Mengaku Tak Salah Sebab Budak Mati

IPOH – Seorang lelaki yang didakwa membenam kepala seorang kanak-kanak perempuan dua tahun ke dalam baldi berisi air tahun lepas, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kematian kanak-kanak itu.

Tertuduh, Mustaqim Ab Wahab, 32, didakwa melakukan kesalahan itu di Kompleks Perdagangan DWJ Meru, di sini pada 24 Mei tahun lepas antara pukul 4 dan 5.41 pagi.

Dia didakwa dengan sengaja membenam kepala Fatini Aleysya Karim, 2, ke dalam baldi berisi air sehingga menyebabkan kematian kepada mangsa.

Dia didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, yang boleh dihukum di bawah akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Julie Lack Abdullah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Ogos depan untuk sebutan semula kes.


Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Naidatul Athirah Azman manakala tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh Sandhu. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori