Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tiada Tepung Protein Darah...

PUTRAJAYA - Malaysia tidak mengimport tepung protein darah babi dari China bagi kegunaan...

Raja Vajiralongkorn Dan Permaisuri...

BANGKOK – Monarki Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn dan Permaisuri Suthida Bajrasudhabimalalakshana disahkan positif...

15 Maut, 99 Cedera...

BEIJING - Sekurang-kurangnya sembilan maut dan 43 lagi cedera pada Ahad dalam kemalangan...

LC Restaurant Nafi Ada...

KUALA LUMPUR - Pengurusan restoran nasi kandar LC Restaurant di Kampung Baru di...

Lepas Kena ‘Tinggal’, Alexis Sanchez Akhirnya…

ALEXIS Sanchez akhirnya berpeluang menyertai jelajah pra-musim Manchester United di Amerika Syarikat selepas isu visanya diselesaikan.

Awal minggu ini, penyerang Chile itu sebelum ini tidak dapat memperoleh visa untuk ke Los Angeles bersama anggota skuad lain dari Manchester United kerana menghadapi masalah yang berkaitan dengan isu penipuan cukai di Sepanyol.

Sanchez telah menjalani latihan bersendirian di pangkalan Manchester United di Carrington, Manchester.

Bagaimanapun, menerusi status yang dimuat naik di Instagram selepas sesi kecergasannya pada Khamis memberi isyarat bahawa beliau akan ke luar negara tidak lama lagi.

Berdasarkan gambar swafoto bersama jurulatihnya, Sanchez menulis ‘Latihan terakhir di Manchester United’, sebelum menulis ‘Tidak lama lagi’ bersama dengan bendera Amerika.


Walaupun Sanchez tidak bermain dalam perlawanan pertama Manchester United bertemu Club America pada Jumaat, tetapi beliau boleh menyertai perlawanan kedua menentang San Jose Earthquakes, Ahad ini. – Mail Online UK/mStar Online

Kategori