Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PRU15: Jelajah Pemuda BN...

KUALA LUMPUR - Pemuda BN akan menjelajah ke semua negeri melalui program Jelajah...

Maritim Tahan Kapal Nelayan...

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal nelayan laut...

SSM Beri Diskaun 70%...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menawarkan diskaun sebanyak 70 peratus terhadap...

KPDNKK Terengganu Terima 4...

KUALA TERENGGANU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu menerima...

LGBT: Jangan Terpengaruh Amalan Barat

KOTA BHARU – PAS mengingatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan gaya hidup Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) yang diamalkan segelintir masyarakat Barat, kata Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Amar, yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, berkata orang Islam perlu berpegang kepada ajaran agama Islam yang sebenar.

“Gaya hidup LGBT bukan sesuatu yang ‘biasa’ untuk diamalkan kerana ia di luar tabii. Sebab itu kita tengok umat-umat dihancurkan oleh tuhan.

“Umat Nabi Luth yang paling dahsyat sebab tuhan balikkan bumi sehingga mayat itu tidak dijumpai. Maknanya dahsyatnya perbuatan liwat ini sehingga tuhan hukum (dengan) membalikkan bumi. Ini bukan dalam Islam sahaja, dalam Bible (Injil) pun ada (diceritakan).

“Kita bukan benci kepada golongan ini tapi kita simpati kepada mereka dan kita nak betulkan mereka supaya balik kepada ‘nature’ yang sebenar. Binatang pun tak buat hubungan seks sesama jenis,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa dilaporkan berkata beliau berpandangan mana-mana rakyat Malaysia termasuk golongan LGBT tidak harus didiskriminasikan di tempat kerja.

Ia susulan peletakan jawatan Numan Afifi sebagai pegawai khas kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada awal bulan ini setelah menerima kritikan banyak pihak kerana didakwa memperjuangkan hak LGBT dan tidak sepatutnya dilantik sebagai kakitangan kementerian tersebut.


Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata Islam tidak mendiskriminasikan mana-mana pihak namun agama tersebut mempunyai satu dasar yang teguh berhubung sesuatu hak sama ada ia boleh diamalkan ataupun tidak.

“Memang kita tak diksriminasi dari segi hak tapi dalam agama ada hak yang dibenar dan ada hak yang tak dibenarkan. Untuk mengamalkan LGBT itu bukan hak, secara ‘nature’ pun bukan hak.

“Kita tak boleh nak biarkan keadaan itu, jadi, sebagai orang Islam kita kena berusaha membetulkan keadaan ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori