Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Guru Dapat Balik Iphone,...

PILU... Pelajar tingkatan dua dari sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang yang dituduh...

Pinky, Si Flamingo Mangsa...

SEEKOR burung flamingo bernama Pinky yang menjadi tarikan di taman tema Busch Garden,...

Tun M Jelaskan Kepentingan...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengecam pihak yang...

Polis Tumpas Geng Langgar,...

PETALING JAYA - Polis menumpaskan geng langgar dan samun kenderaan melibatkan sembilan kenderaan,...

Liverpool Sasar Menang Piala Tahun Ini, Kata Klopp

PENGURUS Liverpool Jurgen Klopp berkata langkah seterusnya bagi pasukannya ialah memenangi piala, tetapi beliau tidak boleh memberi jaminan.

Pasukan dikenali The Reds itu sudah membelanjakan hampir 250 pound termasuk belanja mencatat rekod bagi mendapatkan seorang pemain pertahanan dan penjaga gol sejak setahun lalu tetapi belum pernah memenangi sebarang piala dalam liga Inggeris sejak 2012.

Liverpool telah tewas dalam tiga perlawanan akhir sejak Klopp berkhidmat sebagai pengurus pada Oktober 2015, dan kali terakhir menjadi juara England pada 1990.

“Saya sedar harapan yang diletakkan dan ini sesuatu yang normal,” katanya.

“Kita memiliki cita-cita yang tinggi, pada kadar 100 peratus.”

Liverpool memecahkan rekod perpindahan semasa membeli penjaga gol asal Brazil, Alisson dari Roma awal bulan ini, dalam urusniaga yang dikatakan bernilai AS$86 juta.

Kelab Inggeris itu juga sekarang memiliki pemain pertahanan termahal selepas membeli pemain Belanda, Virgil van Djik dengan harga AS$98 juta.

Musim panas ini Liverpool sudah membeli pemain tengah Guinea, Naby Keita dari kelab RB Leipzig pada harga AS$66 juta, pemain tengah Brazil, Fabinho dari kelab Monaco pada nilai dijangka mencapai AS$52 juta, dan pemain sayap Switzerland, Xherqan Shaqiri dari Stoke pada harga AS$17 juta.

Bagaimanapun, kelab ini telah menjual pemain Brazil, Phillpe Cautinho kepada Barcelona pada harga AS$186 juta Januari lalu.

“Tentu orang akan bercakap tentangnya,” kata Klopp tentang memenangi piala.


“Inilah langkah seterusnya dan kami perlu bersedia mencapainya.

“Saya tidak boleh beri jaminan tetapi saya faham ini yang orang ramai mahukan.

“Paling utama, kita perlu bermain dengan cara supaya kita memenangi sesuatu. Kita tidak boleh bercakap tentang menang sesuatu sebelum musim bermula.”

Liverpool tewas dalam perlawanan akhir Piala Liga dan Liga Europa dalam musim pertama Klopp sebagai pengurus, dan mereka jugam ditewaskan oleh Real Madrid pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara musim lalu.

Dalam Liga Perdana Inggeris, Liverpool menutup musim pada kedudukan pada kedudukan kelapan, empat dan terakhir juga keempat di bawah Klopp.

Kata Klopp, beliau yakin kejayaan musim lalu akan ditingkatkan tahun ini.

Pengurus dari Jerman itu menjangkakan persaingan lebih sengit tahun ini, antaranya ditunjukkan oleh perpindahan mencatat rekod pemain Algeria, Riyad Mahrez dari Leicester ke Manchester City pada harga AS$79 juta.

“Pasukan-pasukan lain juga pasti akan membeli pemain. Mereka tidak akan jadi lebih lemah berbandong tahun lalu,” kata Klopp. – Mynewshub.tv

Kategori