Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pegawai Jual 26 Senapang...

ALOR SETAR - Pegawai yang menjadi dalang utama kehilangan 26 senapang patah milik...

Sarawak Kuat Kuasa Larangan...

KUCHING - Sarawak akan menguatkuasakan larangan merokok berdasarkan Ordinan Kecil Kerajaan Tempatan, kata...

ATM, Polis Rampas Barang...

KUCHING - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan...

Kalah Di Melaka Tak...

MELAKA: Kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini tidak menjejaskan gabungan...

Lokman Calon BN PRK Sungai Kandis

SHAH ALAM – Datuk Lokman Noor Adam secara rasmi diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis di sini bulan depan.

Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang baharu itu diumumkan sendiri oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Mohamad Hasan pada majlis pengumuman calon secara sederhana di pejabat UMNO Bahagian Kota Raja hari ini.

Bekas aktivis Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di bawah pentadbiran bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak itu akan mencabar calon Pakatan Harapan (PH), Zawawi Ahmad Mughni, yang akan pertahan kerusi kuat PKR itu.

Lokman akan bertanding sebagai calon BN walaupun terdapat spekulasi kemungkinan besar UMNO buat pertama kali akan meletakkan calon atas nama parti tersebut iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dan bukan BN.

Lokman merupakan bekas ahli PKR dan pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum dipecat pihak parti reformasi itu. Dia kemudian menyertai UMNO pada tahun 2016 lalu.

Beliau kini mengerakkan beberapa tunjuk perasaan anti-kerajaan Pakatan Harapan (PH) sejak kekalahan BN pada pilihan raya umum lepas, mengetuai kumpulan yang dinamakan sebagai “Pemantau Malaysia Baru”.

Kerusi Sungai Kandis kosong susulan kematian penyandangnya, allahyarham Mat Shuhaimi Shafiei di Pusat Perubatan Subang Jaya dekat sini pada 2 Julai lalu akibat sakit kanser limfoma.

Pada pilihan raya umum ke-14 lepas, wakil PKR berjaya mempertahankan kerusi tersebut untuk penggal ketiga dengan 23,998 undi menewaskan calon BN, PAS dan Parti Rakyat Malaysia.

Terdahulu, pihak PH lewat malam tadi menamakan Zawawi, seorang pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh, Jalan Kebun dan merupakan setiausaha Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR.


Penamaan calon akan diadakan esok manakala hari pengundian pada 4 Ogos. Berikut ialah biodata ringkas mengenai Lokman

Pendidikan :
1. Master of Management dari Universiti Tun Abdul Razak.
2. Diploma Siyassah Syarriah dan Kepimpinan Islam dari Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam.

Pengalaman :
1. Mula melibatkan diri dalam arena politik seawal usia 15 tahun.
2. Ketua Pemuda UMNO Cawangan sejak berumur 18 tahun (1991)
3. Setiausaha Majlis Kebudayaan dan Kesenian Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, AJK Majlis Pembangunan Luar Bandar dan AJK Majlis Sains dan Teknologi Pemuda UMNO Malaysia (1996-1998).
4. Dipecat UMNO tahun 1998 kerana tegur Mahathir sebelum menjadi pejuang keadilan dan hak asasi. Pernah dilokap sebanyak 8 kali kerana kepalai siri demonstrasi pertahan hak bersuara dan berhimpun serta perjuang pembebasan Anwar Ibrahim yang dizalimi Mahathir.
5. Pada 1998 beliau ditahan di bawah ISA selama 2 bulan, manakala pada tahun 2001-2003 ditahan di bawah ISA selama dua tahun dua bulan.
6. Dilantik sebagai Ketua Pemuda Keadilan Johor yang pertama Tahun 1999 dan dipilih sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Keadilan dalam pemilihan pertama parti tersebut.
7. 2004 beliau telah dipecat dari Keadilan kerana telah menegur Ketua Pemuda Keadilan ketika itu, Ezam Md Nor.
8. 2006 menyertai UMNO Bahagian Shah Alam.
9. Exco Pemuda UMNO Shah Alam dan Exco Pemuda UMNO Malaysia (2008-2013)
10. Pengerusi Unit Pidato Pemuda BN dan UMNO (2009-2013)
11. Panel Pemikir Penjenamaan Semula BTN (2016)
12. Ahli Badan Pemikir Penerangan UMNO Malaysia (2016-2018)
13. Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (2010-2016)
14. Pengarah Komunikasi, Kementerian Kewangan Malaysia (2016-2018)
15. Presiden Pemantau Malaysia Baru 2018.
16. Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2018-2021)

– Agensi/Mynewshub.TV

Kategori