Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Calon PAS Tidur Dalam...

PORT DICKSON - Berbaki kurang 48 jam tempoh berkempen, calon PAS, Lt Kol...

Rakam Video Bogel Akibat...

SIAPA sangka perbuatan berbalas pesanan dengan seorang 'wanita cantik' telah bertukar mimpi ngeri...

Majlis Matlamat Pembangunan Mampan...

PETALING JAYA : Kerajaan bersetuju menubuhkan Pusat Majlis Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Negara...

Isu Air: Kerajaan Selangor...

PUTRAJAYA - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar membidas kerajaan...

Mahathir Terajui Khazanah Untuk Pulihkan Ekonomi Negara

KUALA LUMPUR — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berpendapat keputusan Tun Dr. Mahathir Mohamad menerajui Khazanah Nasional Bhd. sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat itu adalah bertujuan memperbaiki tahap ekonomi negara.

“Saya kira Perdana Menteri membuat keputusan untuk mengurus (Khazanah) supaya tahap ekonomi negara ini boleh diperbaiki,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Dr. Wan Azizah diminta mengulas mengenai pelantikan Dr. Mahathir itu, yang berkuat kuasa semalam.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri semalam, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican; bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Dr. Sukhdave Singh dan bekas Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti, Goh Ching Yin dilantik sebagai pengarah syarikat dana pelaburan strategik negara itu.

Dalam pada itu, Wan Azizah berkata pelantikan Dr. Mahathir dan Mohamed Azmin tidak bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan iaitu mengurangkan kuasa perdana menteri dan tidak akan ada lantikan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan.


Katanya ini bertepatan dengan bidang pengkhususan Khazanah iaitu mendapatkan pelaburan untuk negara.

Ditanya sama ada lantikan itu bersifat sementara, Dr. Wan Azizah berkata: “Itu (bergantung) perdana menterilah dan kita akan bincang lagi dengan lebih mendalam.”

Ditanya desakan Kumpulan G25 yang dianggotai bekas penjawat awam supaya Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa meletak jawatan, Dr. Wan Azizah berkata ia hanya pandangan kumpulan itu.

Bagaimanapun, secara keseluruhannya, penjawat awam khususnya Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) memberi khidmat berterusan kepada kerajaan Pakatan Harapan sejak memenangi Pilihan Raya Umum ke-14, Mei lepas. – BERNAMA

Kategori