Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

LTTE: ADUN Seremban Jaya...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, melepas dan membebaskan Ahli...

Wanita Bawa Alat Sulit...

TERDESAK? Banyak persoalan yang berlegar di kepala apabila memikirkan kesanggupan seorang wanita bujang,...

27 Kes Maut Membabitkan...

KOTA BAHARU - Sejumlah 64 kemalangan membabitkan elektrik dengan 27 kes maut dicatatkan...

Pencuri Larikan Baldi Berisi...

SEBUAH kamera litar tertutup (CCTV) di West 48th Street, Manhattan, New York berjaya...

‘Malaysia Baru’ Tidak Patut Siasat Fadiah Nadwa

KUALA LUMPUR – Akta Hasutan adalah akta kuno dan mengandungi peruntukan yang menyebabkan kritikan keatas Yang di- Pertuan Agong, kerajaan dan sebahagian perkara dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai satu kesalahan.

Ahli Parlimen Klang daripada DAP, Charles Santiago berkata, perkara itu tidak lagi boleh diterima ‘Malaysia Baru’ kerana undang-undang tidak boleh digunakan untuk membendung kebebasan bersuara orang ramai.

“Akta Hasutan digubal semasa era komunis dan telah pun mencapai hayatnya,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian kerana kesal aktivis Pakatan Harapan, Fadiah Nadwa Fikri dipanggil oleh polis bagi memberi keterangan kerana membuat kenyataan meminta supaya sistem Raja Berpelembagaan dimansuhkan kerana didakwa tidak lagi relevan dan sudah lapuk.

Fadiah di siasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.


Aktivis Pakatan Harapan itu membuat kenyataan itu dengan merujuk kepada gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim tunduk dan mengucup tangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Charles berkata, kerajaan Pakatan Harapan perlu memansuhkan Akta Hasutan kerana Pakatan Harapan telah berjanji untuk berbuat demikian dalam manifestonya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). – MYNEWSHUB.TV

Kategori