Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Terlepas Janji Temu: Pendaftaran...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memberi jaminan...

Video: 5 Kucing Baca...

SEBUAH video pendek menunjukkan bagaimana lima ekor kucing senantiasa berdoa sebelum makan sehingga...

Solat Jumaat, Fardu Di...

KUALA LUMPUR - Solat Jumaat dan solat fardu di beberapa negeri yang kini...

Lelaki Maut Dihempap Jengkaut...

SERIAN - Seorang lelaki maut setelah dihempap jengkaut dipandunya semasa bekerja di sebuah...

Mansuhkan Tol Bukti Kerajaan Tunai Janji

Terdapat 31 lebuh raya bertol dalam negara ini.

Menurut kajian kerajaan terdahulu, RM400 bilion diperlukan untuk ambil alih semua lebuh raya.

Tetapi Gobind Singh Deo yang dipilih sebagai ahli Parlimen Puchong sejak 2008, merupakan ikon yang lantang memperjuangkan supaya tol dihapuskan. Mujur ada pemimpin politik hebat sepertiĀ Gobind Singh DeoĀ yang BERJANJI akan mengurangkan kadar tol dan mencari langkah untuk MENGHAPUSKANĀ tol.

Ini bukan fitnah, video berdurasi 3 minit yang dimuat naik di Facebook rasmi DAP sebelum PRU telah mendapat tontonan sebanyak lebih 900,000. Ayuh sebarkan video ini kepada rakyat jelata. Mudah-mudahan YB Gobind akan teringat semula kepada janji-janji beliau. Maklumlah kini beliau sibuk memegang jawatan Menteri Komunikasi.

YB Gobind pernah berkata yang beliau tidak akan berhenti ā€˜bersuaraā€™ di Parlimen dan tidak melepaskan isu tol dengan mudah selagi tiada jalan penyelesaian diambil.

ā€œMengapa mereka (kerajaan) duduk diam sahaja langsung tidak boleh jawab, saya tanya.. tanya.. tanya… mereka diam.. diam… diam, ini satu kerajaan yang tidak bertanggungjawab.

Memang hebat YB Gobind ni.

Dalam manifesto PRU14, Pakatan Harapan telah menjanjikan untuk memansuhkan kutipan tol yang difahami merujuk kepada semua jenis lebuh raya, antara bandar dan dalam bandar.

Kini kerajaan Pakatan Harapan telah menang di peringkat persekutuan, maka rakyat menunggu dengan penuh harapan janji Gobind supaya kerajaan menghapuskan tol. Rakyat yakin YB Gobind bukan sekadar sembang kosong.


Walaupun fasih berbahasa Melayu, Gobind bukanlah seorang Melayu, maka sudah pasti beliau tidak mudah lupa….

Jika YB Gobind tidak tahu caranya, moleklah bertanya kepada Rafizi Ramli akan formulanya.

Setakat ini belum dapat dipastikan sama ada tol betul-betul akan dimansuhkan sepenuhnya atau dibuat secara berperingkat tetapi menurut kenyataan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz pada 17 May 2018 yang lalu kerajaan akan mengumumkan keputusan pemansuhan tol pada masa terdekat. 2 bulan telah berlalu, rakyat masih ternanti-nanti jawapan dari kerajaan.

Mansuhkanlah tol, buktikan yang kerajaan Pakatan Harapan berjanji bukan untuk menang undi, tetapi menunaikannya demi rakyat. Buktikanlah yang babi sememangnya boleh terbang!

Video versi troll:

Rujukan :

  1. Gobind Tetap Perjuangkan Mansuhkan TolĀ – Sinar Harian
  2. Pengumuman Pemansuhan Tol dijangka Minggu Depan – ZetiĀ – Malaysiakini
  3. Kos Ambil Alih RM400 bilion – Kosmo

Kategori