Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hari Pembersihan Pantai Antarabangsa...

SEMUA orang menginginkan persekitaran dan suasana yang bersih dan selesa. Tapi, berapa ramai...

Kenapa Pakatan Harapan Tak...

SATU masa tidak lama dulu, Siti Zabedah Kasim (Siti Kasim) dan pemimpin-pemimpin Pakatan...

Pertukaran Idea Dengan Jack...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau telah bertukar-tukar...

PM Lancar Kempen ‘Beyond...

PUTRAJAYA - Malaysia melancarkan kempen kesedaran jenama, 'Beyond Nations', usaha untuk melonjakkan serta...

MARDI Lancar Bangunan Inkubator Di Sabah

KOTA KINABALU – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) hari ini melancarkan Bangunan Inkubator Teknologi MARDI yang pertama di Sabah, khusus untuk memproses produk hiliran berasaskan ikan.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata bangunan inkubator itu yang menawarkan kemudahan teknikal, infrastruktur fizikal, kilang perintis dan khidmat nasihat mampu melahirkan usahawan lebih berdaya saing, progresif dan komersial.

“Kita amat beruntung kerana inilah bangunan inkubator pertama di Sabah malah di kepulauan Borneo. Kerajaan negeri melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah sentiasa menyambut baik dan mengalu-alukan komitmen MARDI dalam memastikan transformasi sektor pertanian mampu berdaya saing,” katanya pada majlis perasmian Hari Bersama MARDI Sabah, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Dr Daud Yusof.

Sementara itu Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor berkata Sabah merupakan negeri keempat memiliki teknologi inkubator itu selain di Alor Setar, Kedah; Kuala Linggi, Melaka dan Besut, Terengganu.


Beliau berkata inkubator yang terletak di Pejabat MARDI di sini, bernilai kira-kira RM1.6 juta itu khusus untuk memproses empat jenis produk bagi menghasilkan nuget daripada ikan, udang, sotong dan tuna yang diperoleh daripada pasaran tempatan.

Dalam konsep inkubator itu, katanya usahawan yang memiliki perniagaan berpeluang menjalani latihan selama tiga hingga enam bulan untuk menambah mutu hasil produk dengan menggunakan teknologi moden serta dinamik.

“Dalam tempoh itu, usahawan yang terlibat berpeluang menggunakan mesin separa automatik dan automatik serta memenuhi piawaian “Good Manufacturing Practise (GMP)”. Mereka juga berpeluang mengeluarkan produk berasaskan jenama sendiri,” katanya. – BERNAMA

Kategori