Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Perdana Menteri Lancar Dua...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan dua buku berkenaan...

Sultan Johor Tolak Tawaran...

KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menolak tawaran menjadi Yang...

Penyeluk Saku Dapat Lebih...

SEORANG penyeluk saku yang mengaku dia memperolehi keseluruhan pendapatan £2 juta hasil mencuri...

TMJ: Ada Pemain Harimau...

BONGKAR... Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan terdapat...

Mayat Bayi Masih Bertali Pusat Ditemukan

SANDAKAN – Mayat seorang bayi masih bertali pusat ditemukan berbungkus dalam plastik yang ditinggalkan berhampiran tong sampah di Kampung Karamunting dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Azhar Mohd Hamin berkata pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat bayi itu oleh orang awam pada 9.35 malam.

Katanya sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Sandakan telah pergi ke lokasi dan menemukan mayat seorang bayi diletakkan di hadapan garaj kereta bersebelahan tong sampah di Kampung Karamunting bersebelahan Sekolah Kebangsaan Karamunting.

Mayat bayi lelaki yang dibungkus dengan plastik dan sempurna sifat serta masih bertali pusat itu sudah berbau dan berulat, katanya di sini, hari ini.

Katanya mayat bayi seberat 1.1 kilogram dihantar ke rumah mayat Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk bedah siasat.


Azhar berkata kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat, tampil membantu pihak polis menyiasat kes itu. – BERNAMA

Kategori