Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

GAMBAR: Euuu! Jijiknya Tahap...

DUNIA semakin tenat..  Khazanah alam semakin nazak... Bercakap mengenai negara China, pasti ada yang...

Abdul Gani Bergelar Peguambela...

KUALA LUMPUR - Selepas bersara sebagai peguam negara pada Oktober tahun lepas, Tan...

Pelajar OKU Tabah Mahu...

SINTOK – Seorang pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak menjadikan kecacatan sebagai penghalang...

Wabak H1N1 Sedang Melanda,...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang mahu ke India dinasihatkan supaya mengamalkan langkah-langkah...

Mayat Lelaki Dengan Kesan Tetakan Di Kinabatangan

KINABATANGAN – Mayat seorang lelaki ditemukan dengan tiga kesan tetakan di tepi Jalan Batu 9, Kampung Lot M dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A. Sahak Rahmat berkata mayat mangsa yang berusia lingkungan 60-an dipercayai warganegara Indonesia, ditemukan oleh orang awam pada jam 7.01 pagi

Menurutnya siasatan ke atas mayat tersebut mendapati kesan tetakan di lengan kiri, belakang kanan kepala dan telinga kanan.

Pemeriksaan ke atas dokumen ditemui pada mayat mangsa mendapati nama yang tertera pada tiga surat Pajak Terhutang Bumi Dan Bangunan dari Indonesia adalah Betta Bin Lamba dan Lamba Bin Pattawe, katanya dalam satu kenyataan.

A. Sahak berkata siasatan lanjut di tempat kejadian juga menjumpai serpihan jam tangan yang telah terlerai disyaki milik mangsa dan satu beg pakaian yang berada berhampiran mayat mangsa bersama sepasang selipar.


Katanya beberapa orang saksi yang tinggal berhampiran kawasan mayat dijumpai menyatakan tidak ada melihat kejadian pergaduhan berlaku dan tidak ada mendengar apa-apa jeritan dari luar rumah.

Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk bedah siasat. – BERNAMA

Kategori