Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Belum Bercadang Tubuh...

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum bercadang untuk menubuhkan mahkamah pengguna bagi mengendali kes...

Mangsa Tak Turun Walaupun...

KUALA LUMPUR - Seorang mangsa yang terselamat dalam kebakaran tragis pusat tahfiz Darul...

Majoriti Rakyat Dijangka Fahami...

KUALA LUMPUR - Kebanyakan anggota masyarakat dijangka memahami implikasi cukai barang dan perkhidmatan...

Putin Jemput Blatter Ke...

MOSCOW - Bekas presiden FIFA yang digantung, Sepp Blatter menerima jemputan terbuka daripada...

Mayat Lelaki Ditemukan Di Perairan Kuala Kedah

ALOR SETAR – Mayat seorang lelaki ditemukan terapung kira-kira 0.5 batu nautika barat muara Kuala Kedah, di sini, hari ini, kata Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Leftenan Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad.

Beliau berkata lelaki itu yang dipercayai meninggal dunia dalam tempoh kurang 24 jam ditemukan kira- kira 8.05 pagi oleh seorang nelayan yang kebetulan berada di perairan tersebut dan memaklumkan kepada pihak kami.

Mayat yang belum dikenal pasti identiti itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah ( HSB) di sini untuk bedah siasat, katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata sehingga kini pihaknya belum menerima aduan daripada orang awam tentang kehilangan anggota keluarga.

“Sekiranya ada ahli keluarga yang didapati hilang, mereka boleh hubungi kami di talian 04-7310579 dan boleh datang ke bilik mayat HSB untuk buat pengecaman,” katanya. – BERNAMA

Kategori