Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

SKMM Siasat Kes Video...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat kes klip video...

Lebih 3 Juta Pengguna...

SHAH ALAM - Lebih tiga juta pengguna di tujuh daerah di Selangor akan...

Eizlan Yusof Tertekan Isu...

AKTOR Datuk Eizlan Yusof mengakui dirinya masih trauma dengan perpisahannya bekas isteri, Vie...

3 Lelaki Diberkas Polis...

KUANTAN - Tiga lelaki ditahan selepas menyamun seorang pemborong kelapa sawit dengan melarikan...

Mayweather, Clooney Penghibur Gaji Tinggi – Forbes

LOS ANGELES – Peninju Amerika Syarikat (AS) Floyd Mayweather dinamakan penghibur dengan pendapatan tertinggi dunia semalam dalam senarai yang menyaksikan aktor George Clooney mengambil tempat kedua.

Bintang realiti, Kylie Jenner, 20, berada di tempat ketiga senarai tahunan Forbes Celebrity 100, sebahagian besarnya disumbangkan jenama kosmetik dikatakan Forbes meletakkannya untuk menjadi bilionaire termuda atas usaha sendiri di AS.

Kompilasi Forbes dalam senarai 2018 adalah berdasarkan pendapatan anggaran sebelum cukai dari Jun 2017 hingga Jun 2018 sebelum menolak yuran pengurus, berdasarkan data daripada Nielsen, penerbitan perdagangan Pollstar, pangkalan data filem IMDB serta wawancara bersama pakar industri dan selebriti itu sendiri.

Mayweather memperoleh kira-kira AS$285 juta (RM1.15 bilion) dalam tempoh itu, sebahagian besarnya kerana kepulangannya dalam pertarungan menentang juara seni mempertahankan diri campuran, Conor McGegor pada Ogos 2017.


Bintang pemenang Oscar, Clooney memperoleh pendapatan anggaran AS$239 juta (RM947.49 juta) selepas menjual syarikat tequila Casamigos diasaskan bersama dengan syarikat arak British, Diageo pada Jun 2017.

Forbes berkata, jualan itu memberi Clooney pendapatan tahunan terbaik sepanjang 35 tahun kerjayanya dalam filem dan televisyen.

Forbes berkata, penghibur dalam senarai 100 selebriti 2018 memperoleh gabungan pendapatan AS$6.3 bilion (RM25.4 bilion) sebelum cukai, meningkat 22 peratus berbanding senarai tahun lalu.

“Penghibur menemui semua cara baharu untuk memanfaatkan pengikut mereka, terutama dengan bantuan media sosial,” kata Pengarang Hiburan Kanan di Forbes, Zack O’Malley dalam satu kenyataan. –Reuters

Kategori