Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Modul Rujukan Bagi PDRM...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan sedang menyediakan modul untuk dijadikan rujukan oleh seluruh warga...

Imigresen Kedah Tahan 114...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 114 Pendatang Asing Tanpa Izin menerusi...

PTPTN Gesa Ibu Bapa...

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menggesa ibu bapa yang...

2 Remaja Wanita Dakwa...

2 Remaja Wanita Dakwa Dirogol 38 Lelaki Di Kelantan! http://t.co/HUCUaHg1UV @Azizulhelmy @hafizkenny @HimpunanLawak—...

Melaka Jamu Wartawan Islam Makan Babi?

GEMPAR… Awal minggu ini, seluruh negara terkejut apabila kerajaan Melaka dilaporkan mahu memodenkan lagi ratusan ladang babi di negeri itu sekali gus bantu puluhan penternak haiwan ini.

Berita itu disiarkan secara kebetulan selepas ‘orang kuat’ Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu kerajaan Pakatan Harapan (PH) tutup sekolah tahfiz manakala DAP desak iktiraf sijil sekolah Cina yang jelas rasis.

Namun, selepas reda isu ladang babi yang bakal menjadikan Malaysia, sebuah negara Islam sebagai pengeluar daging babi terkemuka di dunia, timbul pula isu haiwan najis berat bagi umat Muslim itu dijamu kepada wartawan.

Menurut laporan media tempatan bukan pro-PH, sajian daging binatang bertaraf mughallazah itu berlaku dalam majlis rasmi anjuran kerajaan Melaka sendiri lewat malam tadi sehingga tular dalam kalangan netizen tempatan.

Insiden pelik itu mengakibatkan kumpulan wartawan beragama Islam dan Hindu yang hadir untuk membuat liputan majlis makan malam Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Agro Malaysia dilapor berasa amat terkilan.

Kejadian yang berlaku di dewan Sekolah Pay Fong, Jalan Tan Chay Yan, Bandar Raya Melaka itu lewat semalam mencetuskan kekesalan petugas media atas sikap tidak sensitif penganjur gagal memaklumkan perkara tersebut.

Ia jelas apabila pihak pengelola acara kerajaan itu bukan sahaja tidak beritahu wartawan mengenai hidangan babi itu malah langsung tidak menyediakan meja khas untuk makanan halal kepada petugas beragama Islam dan Hindu.

Kebanyakan daging babi di Melaka diternak di Alor Gajah. – Gambar hiasan

Baca: Pengumuman Calon PH Pahang Meriah Disaji Arak

Ini amat janggal kerana majlis rasmi berkenaan turut dihadiri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin selain beberapa ahli dewan undangan negeri Melaka komponen PH serta tetamu kehormat lain.


Lebih teruk lagi, langsung tiada wakil pihak penganjur memaklumkan mengenai jenis hidangan sepanjang majlis hingga menyebabkan wartawan Muslim duduk semeja dengan makanan tidak halal bersama pemberita bukan Islam.

Antara petugas media yang hadir ialah daripada agensi berita milik kerajaan negeri MelakaKini, selain stesen RTM Melaka, Utusan Malaysia, The Star dan Tamil Nesan Daily di samping beberapa wartawan daripada akhbar Cina.

Sementara itu, Yang Dipertua Kelab Media Massa Melaka, A. Samat Majid sudah memanjangkan isu ini kepada pihak kerajaan negeri dan penganjur agar buat permohonan maaf secara terbuka bagi memastikan ia tidak berulang

Insiden aneh ini mengulangi kes sama yang dialami wartawan beragama Islam ketika liputan majlis pengumuman 11 calon PH di Kuantan, Pahang bertempat di Restoran Golden Empire Palace, Tanjung Lumpur pada 13 April lalu.

Mereka dihidangkan dengan minuman arak secara terbuka pada malam ketika umat Islam seluruh dunia peringati peristiwa besar Rasulullah SAW langsung bertemu Allah SWT iaitu Israk wal Mikraj. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori