Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kamal Adli Serik Dengan...

MENJADI seorang selebriti yang berjaya bukanlah mudah walaupun mereka sudah melibatkan diri dalam...

Korea Utara Lancar Peluru...

SEOUL: Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan peluru berpandu dari kapal selam, hari ini.Ikuti...

Airul Firham Bukan Pendandan...

SERI ISKANDAR - Anak muda yang bernama Airul Firham Che Amran, 22, pemilik...

Polis Bunuh Lelaki Dalam...

ANGGOTA polis yang menembak mati seorang lelaki di dalam pangsapurinya sendiri di Texas...

Melayu Jangan Masuk Perangkap Provokasi

SEJAK negara masuk ke fasa yang disebut-sebut sebagai “Malaysia baharu” selepas Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, bermacam provokasi timbul menyentuh sensitiviti orang Melayu.

Melayu yang merupakan orang Islam dan majoriti di Malaysia ini seolah-olah dihukum secara keseluruhannya oleh kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH).

Seluruh gabungan pakatan yang menentang ketuanan Melayu dan kedudukan istimewa Melayu dan agama Islam dalam perlembagaan bangkit dan menyanggah semua yang dikait dengan Islam.

Raja-raja Melayu, bahasa Melayu, kedudukan orang Melayu, institusi Islam dan Melayu, semuanya mahu digugat dan diruntuhkan.

Mustahil orang Melayu tidak marah dan terasa terancam dengan perkembangan ini, malah mereka yang sebelum ini menyokong PH pun berasa gusar.

Paling mencolok mata ialah menteri pendidikan yang terang-terang menjadi pembela kepada agenda perkauman pendesak pendidikan Cina.

Golongan pejuang seks songsang LGBT giat mempromosi aktiviti mereka, malah hingga dilantik ke pejabat menteri.

Terbaharu, seorang menteri India beragama Hindu menghina orang Melayu sebagai pendatang dalam kenyataannya kepada sekumpulan penyokong.

Pandangan seperti ini bukan satu yang asing kerana penyelewengan fakta sejarah ini mempunyai pengikut dan penyebar di kalangan golongan itu, yang mengaitkan penemuan arkeologi di sini sebagai bukti kaum mereka yang mula-mula sampai ke Tanah Melayu ini.


Kemudian program pro-komunis diadakan oleh penyokong mereka, untuk memberitahu bahawa sejarah selama ini menyampaikan fakta yang salah atau menyembunyikan fakta sebenar.

Jurucakap mereka yang terdiri daripada orang Melayu yang sedia diperalatkan mendesak perspektif kiri dan komunis diarusperdanakan.

Sudah tentu ini mengusik sensitiviti beribu-ribu anggota pasukan keselamatan, ahli keluarga mereka dan orang awam yang terlibat dalam perang melawan komunis dan menjadi mangsa kekejaman mereka.

Kekejaman oleh komunis ini bukan fakta yang direka tetapi dilalui sendiri oleh ramai orang Melayu dan bukan Melayu sepanjang sejarah negara terutamanya semasa tempoh Darurat.

Tidak mustahil semua provokasi ini sengaja diadakan bagi membangkitkan kemarahan orang Melayu dan mendorong mereka bertindak secara tidak rasional.

Apabila orang Melayu bertindak, dengan mudah mereka boleh mempersalahkan dan memperlihatkan orang Melayu Islam sebagai ganas. – Mynewshub.tv

Kategori